awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya sudah dekat, tidak perlu lantik TPM - Abdul Hadi

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2022
06:41 MYT
Pilihan raya sudah dekat, tidak perlu lantik TPM - Abdul Hadi
Abdul Hadi menjelaskan, terdapat perbincangan mengenai pelantikan timbalan perdana menteri namun tiada sebarang keputusan dibuat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk melantik timbalan perdana menteri buat masa ini, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi menjelaskan, terdapat perbincangan mengenai pelantikan timbalan perdana menteri namun tiada sebarang keputusan dibuat.
"Kita masih lagi berpegang kepada awal-awal kita tubuh kerajaan, tidak ada timbalan perdana menteri, masih lagi.
"Perbincangan ada tetapi tidak ada keputusan kerana kita masih sibuk dengan urusan-urusan rakyat," katanya kepada media di Marang, Terengganu pada Jumaat.
Abdul Hadi juga menjelaskan, ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hampir tidak ada keperluan untuk pelantikan jawatan timbalan perdana menteri.
"Pilihan raya pun sudah dekat, tumpu kepada tugas masing-masing," katanya lagi.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa wujud perjanjian antara parti itu dengan Ismail berhubung jawatan timbalan perdana menteri.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#PAS
#Timbalan Perdana Menteri
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan