awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/03/2024
09:43 MYT
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Muhyiddin ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak timbul soal pindaan itu boleh bersifat retrospektif atau tidak, kerana keenam-enam individu tersebut masih lagi ahli parti, dan tidak pernah disingkirkan.
Sekiranya pindaan itu diluluskan, dan berkuatkuasa, jelas Muhyiddin lagi, maka keahlian keenam-enam individu tersebut akan terhenti dengan automatik, sekali gus menyebabkan kekosongan enam kerusi Parlimen mereka.
“Keenam-enam Ahli Parlimen itu kata mereka masih ahli Bersatu, dan mereka tidak kita singkirkan. Jadi secara efektifnya sehingga ke hari ni mereka masih ahli parti.
“Tapi selepas pindaan ini dah diputuskan, nanti kita tanya balik pada mereka – you kata ahli parti tapi sokong sana (Perdana Menteri). Jadi kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, itu salah. Maka keahlian itu terhenti … itulah kesannya,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang di sini hari ini.
Untuk rekod, enam Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan)
Awal hari ini Bersatu melalui Mesyuarat Agung Khas telah melakukan pindaan terhadap perlembagaan parti, mana-mana ahli Bersatu yang merupakan wakil rakyat, yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, disifatkan terhenti keahliannya secara serta-merta.
Susulan itu, Setiausaha Agung di atas arahan Majlis Pimpinan Tertinggi, perlu mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan untuk memaklumkan penamatan keahlian secara serta-merta.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga Naib Ketua Srikandi Bersatu sebelum ini berkata, tidak adil untuk keenam-enam Ahli Parlimen itu hilang kerusi mereka selepas pindaan itu berkuatkuasa.
Katanya lagi, pindaan tersebut tidak boleh bergerak secara ke belakang atau retrospektif.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, langkah seterusnya ialah bagi Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk memaklumkan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan, dan selepas diluluskan, maka pindaan itu akan berkuatkuasa secara serta-merta.
Tambahnya lagi, selepas itu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul perlu menghormati keputusan tersebut, dan memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tujuan Pilihan Raya Kecil (PRK) di enam kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#pindaan perlembagaan
#Muhyiddin Yassin
#sokong perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan