KUALA LUMPUR:Pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri pada awal 2021 menjadi antara faktor Malaysia berdepan cabaran mencapai perkembangan ekonomi 6.7 peratus tahun ini.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Bersama Penyelidikan Ekonomi Asia HSBC, Frederic Neumann bagaimanapun berkata, ia dijangka tidak lama dan sasaran itu tetap boleh dicapai sebelum penghujung tahun.
"Kita mempunyai jangkaan pertumbuhan tunai untuk Malaysia sebanyak 6.7 peratus tahun ini.
"Apa yang menjadikan ramalan itu adalah selepas berlaku pengecutan ekonomi pada kadar 5.4 peratus tahun lalu.
"Namun kini ada PKP di Malaysia dan pasti menimbulkan cabaran ekonomi pada awal tahun ini tetapi kami cukup yakin kesan ini akan hilang dan membolehkan negara mencapai kadar 6.7 peratus yang disasarkan," katanya semasa sidang Zoom pada Rabu.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 6.7 peratus tahun ini, mengatasi 4.2 peratus jangkaan pertumbuhan ekonomi global, dipacu oleh kejayaan menangani gelombang ketiga COVID-19 serta pelaksanaan dan pengedaran vaksin yang efektif.
Bank Dunia menerusi laporan Malaysia Economic Monitor: Sowing the Seeds, berkata langkah yang dilaksanakan kerajaan dalam mendepani COVID-19 juga akan menerajui pemulihan lebih pantas dari jangkaan dalam permintaan pengguna yang akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam pada itu kata Frederic, negara-negara ASEAN kini berdepan cabaran namun dijangka kembali pulih pada suku kedua tahun ini walaupun mengakui beberapa sektor mengalami kelumpuhan termasuk pelancongan.
Bank Dunia sebelum ini dilaporkan berkata, kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik dan pakej rangsangan yang dilaksanakan datang bersama kos yang perlu ditampung, dan ia menjangkakan defisit fiskal Malaysia akan meningkat kepada 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK pada tahun 2020, sementara hutang kerajaan persekutuan telah bertambah kepada 60.7 peratus daripada KDNK.
Astro Awani
Wed Jan 13 2021

Kata Frederic, negara-negara ASEAN kini berdepan cabaran namun dijangka kembali pulih pada suku kedua tahun ini. - Foto HSBC

COVID-19 ragut lebih 2.06 juta nyawa di seluruh dunia
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 404,000 kes.

COVID-19: Kes positif lebih 96.6 juta di seluruh dunia
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.3 juta kes.

AWANI Ringkas: Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke-46 | Permohonan penstrukturan semula MAG diluluskan

James Cordon hasil lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
Kali Ini Cordon mendapat inspirasi daripada teater Les Misrables.

Asean perlu bergerak sebagai satu blok dalam percepatkan digitalisasi
Adalah penting sektor ini memastikan keselamatan ekosistem digital dengan kebergantungan semua sektor untuk berfungsi dan menjalankan urusan masing-masing.

MCMC minta kerjasama orang ramai lapor penyebaran berita palsu
Orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan tentang berita palsu dan mengelirukan yang disebarkan di media sosial atau SMS kepada MCMC terutama ketika wabak COVID-19 melanda negara.

Penjaja, peniaga harap kerajaan Johor pertimbang bantuan insentif
Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai peniaga di negeri itu.

PPS polis buat pemantauan di sekolah
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM akan sentiasa memantau sekolah menengah yang mula dibuka semalam bagi memastikan pematuhan SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura
Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Majlis angkat sumpah Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis. Biden mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).

Kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP tahun lepas - Ahli ekonomi
Jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi berbanding tahun lepas.

PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pakej bantuan PERMAI boleh rangsang pertumbuhan KDNK, kekalkan PKS - Ahli ekonomi
Pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan hari ini akan membantu mengurangkan kesan lonjakan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 2.0 ke atas KDNK suku pertama.

PKP 2.0: Industri pelancongan dan golongan hilang pekerjaan perlu terus dibantu - Irmohizam
Kerajaan diminta meneruskan skim moratorium atau memperkenalkan bentuk bantuan kewangan yang lain sepanjang tahun 2021 bagi membantu mengurangkan beban rakyat.

PKP jadi cabaran Malaysia capai perkembangan ekonomi 6.7 peratus - HSBC
Pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri pada awal 2021 menjadi antara faktor Malaysia berdepan cabaran mencapai perkembangan ekonomi 6.7 peratus tahun ini.

Pelaksanaan PKP di enam negeri tidak beri kesan ekonomi ketara - Pensyarah
Pelaksanaan PKP di enam negeri untuk tempoh 14 hari bermula esok, dijangka tidak memberi impak ekonomi yang begitu ketara berbanding pelaksanaan empat fasa PKP pada Mac tahun lepas.

MOSTI lancar Malaysia Grand Challenge, fokus atasi cabaran utama negara
RM220 juta diperuntukkan untuk lima skim Dana Pembiayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU).

Mengurangkan 'bencana' ke atas pekerja akibat banjir
Tiba masanya untuk kita mengunakan pendekatan yang lebih lestari di dalam mengurangkan risiko ekonomi dan melindungi mata pencarian akibat banjir.

KDNK Singapura menguncup 5.8 peratus pada 2020 - Anggaran awal MTI
Ekonomi republik itu menguncup sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun bagi suku keempat 2020, naik berbanding penguncupan pada suku ketiga.

Malaysia jatuh 5 anak tangga dalam ranking ekonomi CEBR
Malaysia jatuh dari tempat ke-40 berbanding tempat ke-35 dalam ranking WELT susulan pandemik COVID-19.