PKR belum lulus penyertaan Salleh Said Keruak

Astro Awani
Oktober 6, 2019 11:48 MYT
ANWAR: Permohonan Datuk Seri Salleh Said Keruak itu belum dipertimbangkan oleh Biro Politik. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum membuat keputusan berhubung permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai parti itu.
Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Biro Politik PKR akan mengadakan perbincangan sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Permohonan Datuk Seri Salleh Said Keruak itu belum dipertimbangkan oleh Biro Politik, tetapi sudah ada kenyataan dari saudara Fahmi Fadzil kita terima permohonan itu daripada beliau, tetapi belum kita bincang dalam mesyuarat pimpinan,” katanya kepada pemberita pada Ahad.
Beliau ditemui pada sidang media bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sesi temu rapat bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan.
BACA: Permohonan Salleh Said Keruak masuk PKR dipertimbang - Fahmi Fadzil
BACA: Tiada masalah terima permohonan Salleh Said Keruak - Farhash Wafa
Semalam, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan telah menerima permohonan keanggotaan Salleh secara dalam talian.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau turut memaklumkan, Biro Politik PKR akan membincang dan mempertimbangkan permohonan tersebut pada mesyuarat yang akan datang.
#Anwar Ibrahim #bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia #Biro Politik PKR #Fahmi Fadzil #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #Perdana Menteri #PKR #Presiden PKR #Salleh Said Keruak