awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR terima lebih 70,000 permohonan ahli baharu sejak November 2021

Bernama
Bernama
01/02/2022
08:58 MYT
PKR terima lebih 70,000 permohonan ahli baharu sejak November 2021
PKR menerima sejumlah 78,093 permohonan untuk menjadi anggota baharu parti itu sejak 24 Nov tahun lepas sehingga 31 Jan lalu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima sejumlah 78,093 permohonan untuk menjadi anggota baharu parti itu sejak 24 Nov tahun lepas sehingga 31 Jan lalu.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata anggota yang telah berdaftar sehingga 31 Jan itu akan dibentangkan kepada Cabang untuk proses semakan dan bantahan dibuat sebelum senarai ini dimasukkan ke dalam Daftar Anggota Induk Parti.
Katanya proses itu dibuka bermula 3 sehingga 9 Feb, dan jika terdapat bantahan Cabang boleh mengemukakan bantahan kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Feb.
"Kesemua bantahan yang dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan akan diproses dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.
"Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad. Ibu pejabat akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap seawal 18 Feb dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan Pemilihan Parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan sebagai berkata setakat Ogos 2020 keanggotaan parti itu telah mencecah 1,004,629 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#permohonan ahli baharu
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan