awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR tidak berpuak-puak - Anwar

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
24/08/2019
10:22 MYT
PKR tidak berpuak-puak - Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi dialog bersama anggota parti itu pada majlis perasmian bangunan ibu pejabat PKR Terengganu di Bukit Besar hari ini. - Foto BERNAMA
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menepis dakwaan wujudnya ‘kem mini’ atau berpuak-puak di dalam parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ianya hanya persepsi yang dihebahkan sesetengah pihak.
“(Istilah) 'kem mini' ini sebenarnya gesaan banyak pihak di media. Lihat hari ini pun banyak, semua cabang hadir dan program berjalan, saya pergi retreat, pemukiman di Port Dickson. Semua hadir, ada sekitar 10 peratus tidak hadir.
“Kalau 10 peratus dalam parti tidak hadir apakah ia mewakili pecah atau puak? Saya tidak fikir mana-mana parti dapat 100 peratus dalam semua hal,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengulas berhubung tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak hadir dalam beberapa mesyuarat sebelum ini.
Anwar berkata beliau sentiasa positif dan yakin Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR tahu akan tanggungjawabnya.
Katanya setakat ini tiada keperluan tindakan dikenakan terhadap Azmin kerana Azmin juga memberikan sebab berhubung kegagalan untuk hadir.
"Ada peraturan kalau tidak hadir tiga kali berturut-turut tanpa sebab, (akan) gugur jawatan. Kadang-kadang orang ini dia cuba bagi sebab jadi lembaga disiplin parti akan meneliti sebab itu betul atau tidak," kata Anwar lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#berpuak-puak
#Parlimen
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#presiden
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan