awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR tuntut RM10 juta daripada Dr Xavier

Bernama
Bernama
04/04/2021
14:06 MYT
PKR tuntut RM10 juta daripada Dr Xavier
Chean Chung berkata surat tuntutan akan diserahkan oleh peguam parti itu kepada Dr Xavier esok dan bekas Naib Presiden PKR tersebut diberi masa sehingga tujuh hari untuk menyelesaikannya. - Twitter@xavierjayakumar
KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengemukakan surat tuntutan bagi menuntut Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar membayar RM10 juta setelah bertindak keluar daripada parti itu bulan lepas.
Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata surat berkenaan akan diserahkan oleh peguam parti itu kepada Dr Xavier esok dan bekas Naib Presiden PKR tersebut diberi masa sehingga tujuh hari untuk menyelesaikannya.
"Sesiapa yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti mereka perlu menerima akibat, mereka seharusnya membayar RM10 juta seperti dipersetujui," katanya.
Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Indera Mahkota 2020 di sini hari ini.
Pada 13 Mac lepas, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Naib Presiden dan ahli PKR selain menyokong blok kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, Lee yang juga Ketua Cabang Indera Mahkota berkata mesyuarat hari ini akan mengemukakan dua usul iaitu menolak sebarang kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selain calon Pilihan Raya Umum ke-15 cabang itu harus terdiri daripada penduduk tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Parlimen
#pilihan raya
#ADUN
#calon
#parti
#Ahli Parlimen Kuala Langat
#Dr Xavier Jayakumar
#tuntutan
#RM10 juta
#Lee Chean Chung
#bendahari agung pkr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan