awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan pelawat Turkiye ke Malaysia meningkat 31.8 peratus tahun lalu
Pejalan kaki maut dirempuh motosikal
Feyenoord sambar khidmat pemain berdarah Belanda-Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR, UMNO bincang rampas kerusi Bersatu - Laporan

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2021
04:30 MYT
PKR, UMNO bincang rampas kerusi Bersatu - Laporan
Difahamkan DAP dan Amanah meletakkan syarat kerjasama yang dirintis PKR dengan UMNO mestilah tidak melibatkan kumpulan yang dilabel 'kluster mahkamah' yang ditentang ketika PRU14 lalu.
KUALA LUMPUR: Perbincangan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO ke arah untuk mengelak pertembungan di antara satu sama lain di kerusi yang sedang diwakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor portal Malaysiakini.
Laporan yang memetik sumber itu menjelaskan, persefahaman untuk mengelak berlaku pertembungan antara kedua- dua parti itu dibuat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tahun ini.
"Sudah pasti ini dibuat untuk mencari jalan agar tiada pertembungan (di kerusi Bersatu)," kata sumber tersebut.
Kedua-dua parti iaitu PKR dan UMNO yakin jika pertembungan di kawasan yang ditandingi Bersatu berjaya dielakkan, peluang untuk mereka merampas kembali kerusi tersebut akan menjadi lebih cerah dan sekali gus menyukarkan Bersatu mempertahankan kerusi mereka.
Namun setakat ini tidak dapat dipastikan persefahaman sebegitu akan diperluas ke kerusi yang sebelum ini milik UMNO namun kini diwakili PKR antaranya seperti parlimen Johor Bahru dan Tangga Batu.
Bagaimanapun, menurut sumber Pakatan Harapan (PH), mandat yang diberikan kepada PKR untuk berunding dengan UMNO hanya terhad kepada kerjasama bagi mendapatkan semula Putrajaya pada waktu sekarang, bukannya untuk PRU ke-15.
Malah pemimpin DAP dan Part Amanah Negara (Amanah) menegaskan kerjasama dengan UMNO mestilah tidak melibatkan kumpulan yang dilabel 'kluster mahkamah' yang ditentang ketika PRU14 lalu.
Desas-desus perbincangan antara beberapa pemimpin PKR dan UMNO tersebar sejak tahun lepas dan disebut sebagai penjajaran baharu politik selepas UMNO dilaporkan tidak berpuas hati dengan Bersatu.
Namun, sehingga kini belum ada pengesahan rasmi tentang rundingan antara kedua parti tersebut.
Segelintir penganalisis politik berpendapat bahawa tidak ada parti yang akan memperolehi majoriti selepas PRU15 nanti.
Topic Berkaitan
#UMNO
#PKR
#Amanah
#DAP
#Pakatan Harapan
#Bersatu
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan