PM Anwar terima peletakan jawatan Shamsul Iskandar sebagai Setiausaha Politik Kanan

ANWAR: Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, serta memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Dalam kenyataan hari ini, Anwar turut mengucapkan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang dicurahkan oleh Shamsul Iskandar sepanjang berkhidmat.
“Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera tanpa sebarang campur tangan luar.
“Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, serta memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” katanya.
Semalam, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
Baru-baru ini, bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa agar Perdana Menteri mengambil tindakan, termasuk kemungkinan siasatan oleh SPRM, berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang daripada setiausaha politik beliau.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


