MUAR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membayangkan kesukaran untuk mengawal penularan COVID-19 jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan dalam masa terdekat dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, yang telah ditetapkan pada 5 Dis ini.
Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa sama turut mengakui tiada pihak lain yang boleh membantu pihaknya untuk sama-sama turun padang melakukan kerja-kerja di luar kerana masing-masing takut terhadap wabak terbabit.
"Tidak lama lagi ada PRK Batu Sapi. Tidak lama lagi ada Pilihan Raya Negeri Sarawak, saya tidak pasti bagaimana cara kita hendak mengawal.
"Malahan sekarang bila hendak adakan PRK Batu Sapi, SPR kata tiada orang yang sanggup membantu SPR di luar, kenapa? Kerana takut COVID-19," kata beliau ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata beliau ada berbincang dengan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh untuk mengadakan sekatan-sekatan supaya tidak ada kempen untuk pilihan raya.
"(Cadangan mungkin) berkempen secara maya gunakan telefon (bimbit), gunakan radio, televisyen... itu mungkin boleh membantu mengurangkan (wabak)," katanya.
Selain itu, Perdana Menteri berkata bagi PRN Sarawak pula, sudah tentunya akan menyebabkan ratusan ribu orang Sarawak yang bekerja di Semenanjung pulang ke negeri mereka sekali gus membayangkan kesukaran untuk mengawal penularan berdasarkan situasi berkenaan.
"Pilihan raya seperti Sarawak yang akan datang, akan ada ratusan ribu orang Sarawak yang bekerja di Semenanjung, mereka akan pulang ke Sarawak, sama ada dari Selangor, dari Johor Bahru, Taiping, Pulau Pinang.
"Sebahagian mereka datang dari kawasan merah, yang ada wabak COVID-19 tetapi kerana hendak undi, mereka akan balik kampung, balik Sarawak. Siapa di sini, yang boleh jamin bahawa wabak COVID-19 ini boleh dapat dikawal?
"Kalau Pilihanraya Negeri Sarawak, seluruh negeri besar, saya tidak tahu berapa ribu tenaga kerja yang diperlukan, saya tidak tahu sama ada mereka (petugas pilihan raya) akan datang keluar untuk membantu SPR menguruskan pilihan raya, sebab itu situasi sebeginilah yang agak mencemaskan," kata perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 30 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh hari ini. - BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu
PRN: Sentimen 'perlukah keluar mengundi' jadi kebimbangan
Hannah Yeoh melihat ada petanda positif menerusi jumlah kehadiran pada ceramah-ceramah yang diadakan.
Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis
Abdul Rais berkata, isu yang dibangkitkan oleh penduduk perlu diambil berat khususnya membabitkan kualiti hidup.