Anggota Parlimen Malaysia paling lama, Tengku Razaleigh Hamzah, menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pentadbir yang cekap dan berhemat serta memiliki kemahiran untuk mengemudi negara ini ke arah mencapai kejayaan lebih cemerlang.
Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li, berkata walaupun orang lain mungkin mempunyai pandangan berbeza tentang Najib, beliau berpendapat Najib adalah pemimpin yang tegas.
"Saya rasa beliau seorang yang cukup teliti dan berfikiran jelas, cukup berkesan dari segi kepimpinan sepanjang yang melibatkan partinya atau kerajaan yang diterajuinya," kata beliau.
Bekas menteri kewangan itu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan tentang kepimpinan Najib dalam wawancara dengan Bernama News Channel bagi satu program bual bicara. Program ini dijadual disiarkan pada 3.30 petang ini dan 3.30 petang Selasa.
Putera Raja dari Kelantan itu, yang menjadi Anggota Parlimen sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 1970-an, berkata beliau berpuas hati dengan pembangunan Malaysia setakat ini, walaupun ia mengambil masa yang lama untuk mencapai peringkat yang ada sekarang.
"Ia patut dipuji dalam erti kata kita telah melakar pencapaian, manakala transformasi yang dilalui daripada bukan sebuah negara maju kepada sebuah negara separa maju, merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan, amat membanggakan dan saya berpendapat rakyat secara umumnya mendapat banyak manfaat daripada pembangunan yang telah dilaksanakan," kata beliau.
Tengku Razaleigh, yang kini berusia 81 tahun, akan mempertahankan kedudukannya sebagai wakil rakyat paling lama di negara ini iaitu sebagai anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri sekiranya beliau memenangi kerusi parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Tengku Razaleigh akan mempertahankan kerusi itu, yang dimenangi beliau pada 1974, yang ketika itu dikenali sebagai Ulu Kelantan.
Beliau menyertai UMNO pada 1962 dan memenangi kerusi negeri Dewan Undangan Negeri Ulu Kelantan Barat pada 1969 dalam pertandingan menentang calon PAS, Hussin Abdullah.
Pada 1974, Tengku Razaleigh bertanding di kerusi Parlimen dan kekal menjadi wakil rakyat kawasan Gua Musang (dahulunya Ulu Kelantan) dan ketika beliau mengasaskan penubuhan Parti Melayu Semangat 46 pada 1989 kerana enggan menyertai UMNO Baru yang ditubuhkan setelah UMNO dibubarkan oleh mahkamah.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013, beliau mengalahkan calon PAS, Wan Abd Rahim Wan Abdullah dengan majoriti 8,413 undi.
Pada pilihan raya umum kali ini, Tengku Razaleigh terlibat dengan pertandingan tiga penjuru bersama-sama Abdullah Hussein (PAS) dan Mohd Nor Hussin (PKR-PPBM) dan akan menjadi wakil rakyat bagi penggal ke-12 sekiranya beliau mencapai kemenangan.
Mendapat pendidikan di Queen's University of Belfast, Ku Li memiliki Ijazah Sarjana Sains Ekonomi dan pernah menyandang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan.
Beliau dilantik menjadi menteri kewangan oleh Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn pada 1976 selepas kematian Tun Abdul Razak. Beliau juga pernah menyandang jawatan Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
Pada 1978, Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Bank Pembangunan Islam.
Barangkali, pencapaian paling tinggi bagi Tengku Razaleigh dalam bidang kewangan ialah apabila beliau dilantik menjadi pengerusi Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1977.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 03 2018
Tengku Razaleigh berkata walaupun orang lain mungkin mempunyai pandangan berbeza tentang Najib, beliau berpendapat Najib adalah pemimpin yang tegas.- Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
Muse Ecopark, R&R Rantau Manis - tempat riadah dan rehat menakjubkan buat pengguna laluan Pantai Timur
Pada musim perayaan ketika kenderaan bersesak memasuki Kelantan, dua kemudahan ini menawarkan lokasi istirahat lengkap untuk melepas lelah.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.