awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib selar anggota DAP tuduh Tan Seng Giaw pengkhianat

Bernama
Bernama
20/04/2018
11:58 MYT
PM Najib selar anggota DAP tuduh Tan Seng Giaw pengkhianat
Dr Tan didakwa telah tidak disenangi oleh pucuk pimpinan DAP kerana pada 2016, sebagai timbalan pengerusi PAC, beliau telah menyatakan tiada bukti untuk mengaitkan Najib dengan isu 1MDB. - Astro AWANI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar anggota parti pembangkang DAP kerana menggelar pemimpin setia dan veteran DAP Dr Tan Seng Giaw sebagai seorang pengkhianat dan 'anjing suruhan'.
Dalam catatan terbaru beliau di Twitter, Najib memetik satu artikel dalam sebuah akhbar tempatan dan berkata "amat menyedihkan melihat seorang ahli politik veteran dan berprinsip telah dihina hanya kerana beliau berpegang pada kebenaran."
"Jika beginilah cara DAP melayani orang mereka sendiri, boleh dibayangkan bagaimana mereka akan melayani rakan-rakan 'sementara' mereka sekiranya mereka berkuasa?" soal beliau.
Dalam artikel bertajuk "DAP loyalist branded 'running dog' for speaking truth" (pemimpin setia DAP digelar 'anjing suruhan' kerana bercakap benar) diterbitkan pada Khamis, Dr Tan turut mempersoalkan rasional dan motif disebalik tindakan anggota DAP melabelkan beliau sebagai "anjing suruhan" dan pengkhianat parti.
Dilaporkan Dr Tan didakwa telah tidak disenangi oleh pucuk pimpinan DAP kerana pada 2016, sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, beliau telah menyatakan tiada bukti untuk mengaitkan Najib dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tan juga mengkritik kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berhubung pengurusan alam sekitar. -- Bernama
Topic Berkaitan
#berita politik
#DAP
#Najib Razak
#Politik Malaysia
#Tan Seng Giaw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan