awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN akan umum nama Ketua Pembangkang sebelum 19 Disember - Muhyiddin

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/12/2022
00:15 MYT
PN akan umum nama Ketua Pembangkang sebelum 19 Disember - Muhyiddin
Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap ketika hadir membantu kempen bagi Calon PN Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin pada ceramah Grand Finale PN. - Foto BERNAMA
KULIM: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan nama Ketua Pembangkang sebelum 19 Disember ini.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Ketua Pembangkang itu telahpun diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi yang diadakan dua hari lalu.
"Kita sudah mengadakan mesyuarat majlis tertinggi Perikatan Nasional, dua hari lepas kita sudah buat keputusan siapa. Masanya, kita akan umumkan sebelum 19 hari bulan akan datang ini," katanya.
Pada Isnin, Timbalan Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan gabungan parti berkenaan sudah melantik Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan siapa individu yang telah dilantik dan meminta menunggu kenyataan rasmi daripada PN.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Muhyiddin menafikan sekeras kerasnya tohmahan bahawa sebahagian dana Pilihan Raya Perikatan Nasional adalah hasil sumbangan syarikat perjudian.
Katanya, tuduhan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berat dan beliau seharusnya mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.
Justeru katanya, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melemparkan fitnah terhadap parti itu.
"Ya fitnah, apa bukti? Tuduhan itu mudah dibuat. Kami ada prinsip kalau pun kita nak terima bantuan, kita tak akan terima daripada sumber yang haram dan saya tahu judi adalah haram. Saya tak tahu macam mana Perdana Menteri boleh buat tohmahan dan tuduhan yang berat itu.
"Hanya kerana kami menang hanya, kerana kami gerakkan jentera kita dengan begitu berkesan dan mengalahkan mereka sampai UMNO 0 di lapan buah negeri, itu bukan bermakna bahwa kita mempunyai peruntukan besar.
"Parti kita (Bersatu) muncul lima tahun dahulu, Perikatan Nasional baru dua tahun, berbanding dengan PKR yang sudah berpuluh tahun. Saya tak nak tuduh, dia pun dapat bantuan juga, jadi saya kira setakat ini itu adalah tuduhan amat berat. Kita tengoklah apa yang patut kita buat," ujarnya lagi.
Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas majlis ceramah Grand Finale bersama kepimpinan PN di Taman Selasih, Kulim, Kedah malam tadi.
Pada Isnin, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) membayangkan sebahagian sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#ketua pembangkan
#sumbangan syarikat perjudian
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan