awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN terdesak heret Tun M ke pentas ceramah - Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2023
09:00 MYT
PN terdesak heret Tun M ke pentas ceramah - Anwar
Dr Mahathir hadir di pentas Pas pada program Munajat Rakyat Kelantan: Pakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat. - Gambar fail
GUA MUSANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat tindakan Perikatan Nasional (PN) mengheret Tun Dr Mahathir Mohamad ke pentas ceramah Pas sebagai kumpulan terdesak.
Beliau berkata, hal ini kerana bekas Perdana Menteri itu pernah bertindak zalim terhadap Pas satu masa dahulu.
"Bukan itu sahaja beliau turut kejam ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan mangsa Memali (Kedah).
"Namun, sekarang ini didukung...tidak mengapalah, itu hak mereka," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.
Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Ramah Mesra Warga Felda di Masjid Al-Ghufran, Felda Chiku 5 dekat sini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menerima secara terbuka sokongan yang diberikan oleh Tun M kepada PN ketika ini.
Kehadiran negarawan ulung tersebut menyampaikan ucapan buat kali pertama di pentas Pas pada program Munajat Rakyat Kelantan: Pakat Pertahan dan Amanat Pemimpin di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat memberi gambaran parti itu seolah-olah sudah memaafkan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tun Mahathir
#PRN
#PRN Kelantan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan