awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Melaka: PN guna strategi sendiri jika UMNO enggan kerjasama untuk PRN - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/10/2021
09:21 MYT
Politik Melaka: PN guna strategi sendiri jika UMNO enggan kerjasama untuk PRN - Hamzah
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, apa yang paling penting ialah untuk memilih pemimpin yang mempunyai integriti. - Gambar fail/BERNAMA
LARUT: Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan strategi sendiri sekiranya UMNO masih enggan bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Bagaimanapun, katanya jika UMNO berubah fikiran untuk bekerjasama, ia akan dibincangkan dalam kalangan pemimpin tertinggi PN.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, apa yang paling penting ialah untuk memilih pemimpin yang mempunyai integriti.
"Kita tidak mahu melihat pemimpin yang hanya pandai bercakap sehingga menyebabkan perpecahan. Kita nak supaya pemimpin itu adalah seseorang yang sentiasa mahukan penyatuan di kalangan kita.
"Jadi rakyatlah yang akan tentukan masa depan. Kalau dia tidak mahu saya sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional akan melakukan mengikut strategi Perikatan Nasional sendiri.
"Tapi kalau beliau juga mahu untuk duduk, saya serahkan kepada pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional untuk duduk berbincangkan bagi menentukan masa depan rakyat terutamanya mereka di Melaka itu sendiri," katanya ketika ditemui selepas Program Penyampaian Kotak Makanan Serta Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau, Perak pada Sabtu.
Pada Rabu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran UMNO akan bergerak secara solo dalam PRN Melaka sekiranya ia diadakan kelak.
Bagaimanapun, pada Jumaat, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkata, parti itu tidak akan ‘gopoh’ dalam menentukan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Melaka.
BACA: Politik Melaka: UMNO tidak 'gopoh' tentu kerjasama PRN Melaka
Sebaliknya, kata Ahmad Maslan, parti itu sedang mengumpulkan maklum balas daripada semua pihak termasuk pimpinan di peringkat bahagian sebelum ianya diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#PN
#strategi sendiri
#UMNO
#pilihan raya negeri
#PRN Melaka
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan