KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berharap rundingan membabitkan UMNO, Pas dan Bersatu dapat disegerakan bagi merungkai kemelut politik di Perak.
Beliau berkata, rundingan berkenaan penting dalam usaha memastikan kelancaran pentadbiran di negeri itu.
Rundingan itu juga selaras dengan ketetapan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Isnin malam, yang memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.
Katanya, selaras dengan itu, UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.
“Kita mengharapkan rundingan Bersatu, Pas bersama UMNO dapat diadakan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran pentadbiran di negeri itu.
"Keputusan UMNO itu (bermakna) untuk menolak kerjasama dengan parti-parti lain dan kekal bersama rakan-rakan kita dalam PN... supaya dapat dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Perak,” katanya kepada Astro AWANI malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah kemungkinan UMNO bakal mewujudkan kerjasama bersama DAP untuk membentuk kerajaan negeri Perak.
Terdahulu, beliau merasmikan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Innovasi dan Ekonomi (MySTIE) di Astro AWANI.
BACA: Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak
Baru-baru ini, kemelut politik di Perak tercetus susulan bekas Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal dalam usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Usul itu tidak mendapat sokongan majoriti Ahli DUN termasuk daripada UMNO, yang menyaksikan beliau hanya mendapat 10 undi menyokong, tidak menyokong (48) dan masing-masing satu undi rosak dan berkecuali.
Hilmi Malik
Wed Dec 09 2020
Khairy berkata UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN. - Astro AWANI
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi
Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan bila sembah menghadap itu akan dilakukan.
Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera
Khairy berkata UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.
Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, berkata ia diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat malam ini.
Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.
PH Perak tentukan keputusan, cadangan berhubung kemelut politik
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Perak diberikan kuasa untuk memutuskan atau membuat sebarang cadangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri tersebut.
PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.
Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain
"Tiada yang mustahil" apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baharu, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi hari ini.
Pas akan akan bincang kemelut politik di Perak
PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat parti itu bagi membincangkan kemelut politik yang berlaku di Perak.
Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.
Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
Perkenan itu dibuat Sultan Nazrin seiring duluan (precedent) sebelum ini termasuk sewaktu pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 2018 dan krisis politik awal tahun ini.