awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Sabah: Anwar restu Hajiji terus jadi Ketua Menteri

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
09/01/2023
17:29 MYT
Politik Sabah: Anwar restu Hajiji terus jadi Ketua Menteri
Anwar memberi ruang kepada Hajiji untuk mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut pergolakan politik yang berlaku di negeri itu. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memberi restu kepada Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus menjadi Ketua Menteri Sabah.
Jelasnya, beliau memberi ruang kepada Hajiji untuk mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut pergolakan politik yang berlaku di negeri itu
"Kita mahu keadaan Sabah itu kukuh di bawah pimpinan Yang Berhormat (YB) Ketua Menteri, Hajiji," katanya.
Pada masa sama, Anwar turut berkata bahawa beliau memberi restu kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri.
"Saya beri restu kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan perjumpaan dengan Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri (Sri Gaya) malam Isnin.
Dalam pada itu, Anwar berkata pada Selasa, akan ada satu rang undang-undang penting akan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
"Esok (Selasa), satu rang undang-undang penting (dibentangkan) untuk kembalikan hak Sabah, yang saya syorkan di Jemaah Menteri. Ini satu perubahan yang besar dan bagi saya ini keutamaan.
"Kemudian kita beri ruang untuk beliau (Ketua Menteri) berbincang dan mencari satu formula yang baik untuk kebaikan negeri Sabah," katanya.
Sebelum ini, krisis politik di Sabah kembali hangat selepas Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan keputusan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.
Jelas beliau, keputusan hilang kepercayaan itu dicapai selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli parti itu.
Topic Berkaitan
#Politik Sabah
#anwar restu hajiji
#Ketua Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan