KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat telah menjadi satu polemik yang mengundang kontroversi kepada keabsahan dan kredibiliti Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Atas sebab itu Penganalisis Kajian Pilihan Raya dan Geopolitik Borneo Universiti Malaysia Sabah (GeoPES UMS), Syahruddin Awang Ahmad berpandangan, adalah wajar Hajiji menubuhkan satu parti politik baharu menggantikan GRS untuk memastikan Kerajaan Sabah pimpinannya dapat bertahan sehingga akhir penggal.
“GRS ini seolah-olah dah jadi satu polemik dalam kebanyakan orang yang menguji kredibiliti dan kemampuan Hajiji sebagai Ketua Kerajaan Negeri, mungkin diwujudkan satu pakatan lain yang lebih segar yang tidak menggambar siapa Hajiji sebelum ini dalam GRS tetapi sekarang adalah Hajiji yang baharu.
“Ini juga boleh didaftarkan terus sebagai parti politik sebagaimana Barisan Nasional (BN) dan bukan lagi gabungan parti untuk membolehkan kerajaan yang ada sekarang dapat menghabiskan tempoh penggal yang terakhir.
“Mereka juga boleh menjemput semua pihak termasuk bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masuk ke dalam parti politik ini yang sudah tentu dapat membenteng lebih banyak dugaan yang dilalui dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Astro AWANI dalam Program Pantau Kerajaan Baharu, pada Khamis.
Antara cadangan lain untuk mengekalkan kestabilan Kerajaan Negeri Sabah, Syahruddin turut berpendapat, kelima-lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri dijemput untuk menyertai GRS secara rasmi.
Jelasnya, ini bagi mengukuhkan Kerajaan Negeri Sabah sedia ada selain meyakinkan kelima-lima pemimpin BN itu bahawa kedudukan mereka di dalam Kerajaan Negeri adalah selamat walaupun kemungkinan berdepan dengan tindakan Lembaga Disiplin UMNO.
Sebelum ini, lima ADUN daripada BN Sabah itu tidak mengikut telunjuk Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.
Mereka terdiri daripada Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk)
Selain itu, Syahruddin berpendapat, Akta Anti Lompat Parti perlu dibentangkan sesegera mungkin oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi mengekalkan kestabilan politik sehingga akhir penggal.
Kata beliau, tindakan itu juga mampu membawa imej baharu yang lebih segar kepada Kerajaan Negeri yang akan dilihat lebih berkredibiliti dan stabil.
“Akta Anti Lompat Parti ini penting di negeri Sabah dan sebagaimana semua orang tahu, Sabah terkenal dengan lompat-melompat dan penting untuk dibentangkan bukan untuk tujuan mencegah tetapi lebih kepada mendidik pemimpin masa depan. Ini supaya melihat politik bukan untuk dimanipulasi atau meraih peluang tetapi politik adalah tentang tanggungjawab.
“Apabila akta ini dibentangkan secepat-cepatnya oleh Hajiji, ia boleh mengelakkan politik ini dinamiknya ke arah yang lebih negatif dan mengubah sekali gus landskap dan percaturan politik yang pada awalnya lebih bersifat ideologikal.
“Penting juga akta ini diwujudkan untuk menentukan bahawa label dan wajah baharu Kerajaan Negeri Sabah yang diberikan mandat oleh rakyat ini adalah benar-benar kerajaan yang berkredibiliti dan boleh bertanggungjawab ke atas rakyat negeri Sabah,” ujar beliau lagi.
Afiezy Azaman
Thu Jan 12 2023

Penganalisis politik berpandangan, adalah wajar Hajiji menubuhkan satu parti politik baharu menggantikan GRS untuk memastikan Kerajaan Sabah pimpinannya dapat bertahan sehingga akhir penggal. - Gambar fail

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Sabah lancar Program Oksigen Untuk Rakyat, bantu kurang mampu
Program itu dilaksanakan kerana kerajaan negeri sedar peralatan mesin dan tangki oksigen tidak mampu dimiliki oleh semua pesakit.

Perjelas sebaiknya Malaysia Madani kepada rakyat Sabah - Hajiji
Konsep Malaysia MADANI wajar diperjelas sebaiknya bagi memastikan konsep itu difahami dan memberikan kesan yang terbaik untuk rakyat negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.

Dana usahawan Syabas akan diteruskan - Hajiji
Syabas merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah Kementerian Belia Dan Sukan kepada usahawan belia serta golongan muda yang ingin memulakan perniagaan.

Gagasan Rakyat masih pada tahap merangkak - Penganalisis
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menjadi landasan baharu politik bekas ahli dan pemimpin BERSATU Sabah masih lagi di tahap 'merangkak'.

Politik Sabah: Gagasan Rakyat dilancar, GRS kini seratus peratus parti tempatan
Majlis perasmian Gagasan Rakyat disempurnakan Ketua Menteri Sabah selaku presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Hentikan sengketa politik, beri ruang Hajiji majukan Sabah - PM
Tidak sepatutnya politik dijadikan medan permusuhan dan adu domba yang tidak berkesudahan di Sabah, tegas Perdana Menteri.

Penjawat awam diseru bantu kerajaan majukan negeri, sejahterakan rakyat Sabah
Anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan diseru untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah dalam usaha memajukan negeri serta mensejahterakan rakyatnya.

Tuduh GRS beli ADUN adalah tidak benar - Hajiji
Hajiji Noor menyifatkan dakwaan pihak tertentu yang menuduh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong beliau telah dibeli atau disogok sebagai tuduhan tidak berasas.

Sabah tetapkan tujuh keutamaan bangunkan industri kebudayaan - Hajiji
Kerajaan Sabah menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di negeri ini yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.