KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak melakukan "gencatan senjata" (gencatan politik) sehingga rundingan dapat dilakukan dalam kemelut politik yang berlaku di Sabah.
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, dalam tempoh itu, beliau, Perdana Menteri dan pihak terlibat termasuk Ketua Menteri Sabah akan duduk berbincang dalam mencari penyelesaian muktamad isu berkenaan.
"Di dalam konteks Sabah, pada saya, masih banyak jendela-jendela yang harus dibuka dan beberapa ruangan negosiasi dilakukan. Tidak ada sebarang kemustahilan bagi kepentingan kestabilan untuk mensejahterakan rakyat Sabah ini dilakukan.
"Oleh yang demikian, semua pihak harus melakukan 'ceasefire' sehingga Perdana Menteri, saya dan Ketua Menteri Sabah berunding dan duduk enam mata sekurang-kurangnya untuk mencari penyelesaian yang muktamad bagi keseluruhan Sabah," katanya semasa program Naratif Khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV1 pada Isnin.
BACA: GRS-BN di Sabah 'terkubur', hilang percaya terhadap Hajiji
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Barisan Nasional (BN) berpendirian untuk mengelak rakyat dibebani semula dengan proses pilihan raya.
Tambahnya, apa yang paling penting ialah semua pihak harus mengakui hakikat bahawa kestabilan politik yang telah wujud di pusat harus juga diwujudkan dalam semua negeri.
"Sedaya yang mungkin sistem demokrasi yang dibuat harus mengambil kira bahawa kuasa yang ada pada Ketua Eksekutif sesebuah negeri dalam kes ini, Ketua Menteri dalam kes ini, mesti berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri itu.
"Tentunya proses pilihan raya yang berjalan dalam dua tahun setengah yang lalu, tidak harus diadakan semula," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Mon Jan 09 2023

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak melakukan "gencatan senjata" (gencatan politik) sehingga rundingan dapat dilakukan dalam kemelut politik yang berlaku di Sabah.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Ahli Dewan Rakyat perlu jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali - TPM
Semua ahli Dewan Rakyat sama ada daripada kerajaan mahu pun pembangkang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali bermula pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang Mei ini.

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Isu calon MB UMNO hanya pandangan peribadi Khalid - Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu hanya akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Kes kematian akibat denggi meningkat 400 peratus berbanding tahun lepas - Zahid Hamidi
Peningkatan itu membabitkan 17 kes kematian, berbanding hanya empat kes bagi tempoh sama pada tahun 2022.

UMNO nafi keluar surat, Rais sah Ketua Bahagian Tangga Batu
Ahmad Zahid mengesahkan keabsahan Rais sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipilih dalam pemilihan baru-baru ini.

Peroleh pasport kekal: Saya hargai keputusan mahkamah - Zahid
Ahmad Zahid menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik diperoleh beliau secara kekal.

Melaka mungkin bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid
Malaysia dan Turkiye terbuka untuk meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang industri aeroangkasa, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Shahidan 'cadang' pasport Rosmah turut dipulangkan seperti Zahid Hamidi
Secara menyindir, beliau mendakwa keputusan yang dibuat mahkamah terhadap Ahmad Zahid adalah keputusan hebat.

Ahmad Zahid berjaya peroleh pasport secara kekal
Ahmad Zahid berjya mendapatkan semula pasport antarabangsa dan diplomatiknya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai TPM.