Lembaga Disiplin UMNO akan membuat siasatan menyeluruh berhubung dakwaan berlaku aktiviti politik wang dalam Pemilihan UMNO 2018.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan akan dilakukan lembaga itu berdasarkan laporan dan aduan yang dibuat.

"Saya minta semua pihak supaya berlapang dada dan berfikiran terbuka menerima keputusan yang dibuat perwakilan parti dalam pemilihan kali ini," katanya ketika sidang media bersama pimpinan baharu UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, beliau bersama pimpinan tertinggi UMNO akan meneliti manifesto setiap calon Presiden untuk menilai pembaharuan yang perlu dilakukan parti bagi mengorak langkah ke hadapan.

"Saya juga akan memastikan perbincangan bersama calon Presiden yang lain untuk melihat peranan apa yang boieh dimainkan mereka dalam mengukuhkan kembali UMNO," katanya.