awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan selesai rundingan pembebasan 300 pekerja ditahan di AS

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2025
23:30 MYT
Korea Selatan selesai rundingan pembebasan 300 pekerja ditahan di AS
Kang berkata, urusan pentadbiran masih berjalan sebelum penerbangan khas dapat membawa pulang semua rakyat Korea Selatan yang terlibat dalam serbuan imigresen di sebuah tapak pembinaan kilang bateri di Georgia Khamis lalu. - Facebook Kang Hoon-si
KOREA Selatan mengesahkan rundingan berhubung pembebasan lebih 300 rakyatnya yang ditahan dalam serbuan imigresen Amerika Syarikat di sebuah tapak pembinaan kilang bateri di Georgia telah selesai, dan mereka akan dibawa pulang dengan penerbangan sewa khas dalam masa terdekat.
Ketua Staf Presiden, Kang Hoon-sik berkata pada Ahad, pengumuman itu dibuat selepas 48 jam insiden serbuan pada Khamis lalu, yang menyaksikan 475 pekerja ditahan di kilang bateri projek usaha sama Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution.
Dianggarkan lebih 300 daripada mereka yang ditahan adalah warganegara Korea Selatan. Arahan segera Presiden Lee Jae Myung mendorong kerajaan menggerakkan tindak balas menyeluruh termasuk bantuan konsular.
“Rundingan telah diselesaikan hasil kerjasama pantas antara kementerian kerajaan, persatuan perniagaan dan syarikat,” kata Kang dalam mesyuarat penyelarasan dasar peringkat tinggi bersama Parti Demokratik Korea yang memerintah, di kediaman Perdana Menteri, Seoul.
Kang menjelaskan urusan pentadbiran masih berjalan sebelum penerbangan khas dapat membawa pulang kesemua rakyat Korea Selatan yang terlibat.
“Kerajaan akan bertanggungjawab penuh dan terus berwaspada sehingga rakyat kita kembali dengan selamat,” tambahnya.
Dalam masa sama, Kang berjanji akan menambah baik sistem visa dan status residensi pekerja serta pelawat perniagaan Korea Selatan ke Amerika Syarikat bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Serbuan tersebut mencatat sejarah sebagai operasi penguatkuasaan tunggal terbesar oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. Kebanyakan pekerja Korea Selatan yang ditahan menggunakan visa lawatan perniagaan jangka pendek B-1 atau kebenaran ESTA, sedangkan undang-undang AS menetapkan mereka memerlukan visa pekerjaan H-1B untuk bekerja secara sah.
Kementerian Luar Korea Selatan kini menekan Washington untuk menambah kuota visa H-1B bagi rakyatnya dan mempercepatkan pewartaan Partner with Korea Act (PWKA) yang akan menyediakan kategori visa E-4 khas untuk profesional Korea.
Menteri Luar, Cho Hyun dijangka berlepas ke Washington minggu ini bagi membincangkan isu tersebut dengan rakan sejawatannya di AS. Ketegangan ini berlaku hanya beberapa minggu selepas pertemuan pertama Presiden Lee dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 25 Ogos, ketika kedua-dua negara sedang berunding mengenai pelaburan bernilai AS$350 bilion.
Walaupun pihak AS menegaskan operasi itu berpandukan waran mahkamah bagi membanteras pekerjaan tidak sah, Seoul menegaskan hak serta kepentingan warganya tidak wajar diketepikan di sebalik pelaksanaan undang-undang imigresen. - Agensi
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Kang Hoon-sik
#imigresen Amerika Syarikat
#Kilang Bateri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan