Prinsip wala' atau ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin dan institusi kepemimpinan UMNO telah dinilai sebagai perkara penting untuk mencapai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Seruan mengenai kepentingan prinsip ini oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kali keduanya dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO pada hari ini, selepas menyatakan perkara sama pada tahun lepas, mulai meninggalkan kesan kepada para anggota UMNO.
Lebih-lebih lagi apabila negara berada di ambang pilihan raya umum apabila rakyat perlu membuat pilihan antara kerajaan BN yang diindukkan UMNO sebagai pembela nasib orang Melayu dan Islam serta semua kaum lain dengan kerajaan yang diindukkan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular.
Ucapan Dasar yang membakar semangat 2,643 perwakilan dari 191 bahagian UMNO itu menjadikan mereka lebih berpadu untuk menghadapi parti lawan dan mempertahankan parti orang Melayu itu.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Kelantan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mentakrifkan prinsip wala' yang disebutkan dalam al-Quran dan Islam membawa maksud ketaatan yang bukan 'membuta tuli'.
"Kita mentaati pemimpin kerana institusi kepimpinan itu dan ketaatan kepada pemimpin itu selagi mana ia tidak menyuruh kita mensyirikkan dan melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT, ini asas yang paling penting," katanya kepada Bernama di sini.
Asyraf Wajdi berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang berbuat kebaikan adalah tidak wajar, tambahan pula UMNO yang selama ini sentiasa menegakkan syiar Islam di negara ini sejak merdeka.
"Ikatan kita dengan Allah SWT, yang kita adalah pejuang kepada agamaNya dan kita mempertahankan pemimpin kerana pemimpin itu (perdana menteri) mewakili institusi (UMNO dan kerajaan) yang memperjuangkan agamaNya (Islam)," katanya.
Pemerhati dari UMNO Bahagian Tangga Batu, Melaka, Datuk Dr Aziz Ujang berkata negara akan hancur akibat perpecahan jika anggota parti gagal menunaikan tanggungjawab menzahirkan wala' dan kesetiaan kepada pemimpin dan negara.
"Di negara lain walaupun rakyatnya terdiri daripada satu atau dua bangsa, itu pun berlaku pertelagahan...apatah lagi di negara kita (yang berbilang kaum), dan ditambah pula pengaruh kuasa luar yang mempunyai agenda tersendiri," katanya.
Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang, Johor, Roslan Ramli berkata ketaatan kepada pemimpin adalah penting bagi memastikan BN menang besar pada PRU14 akan datang seterusnya membentuk kerajaan.
Anggota Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tambun, Mardihah Mohd Yunus pula berkata penekanan soal wala' adalah sebagai ingatan kepada semua anggota supaya setia dan taat kepada kepimpinan dan tidak terbuai dengan hasutan pembangkang khususnya bekas pemimpin parti.
Pemerhati UMNO Bahagian Raub, Abdul Basits Mohamed Mokhtar pula berkata selain ketaatan dan kesetiaan bagi memastikan UMNO dan BN terus menerima mandat rakyat, anggota UMNO juga perlu memiliki mentaliti menang.
Sementara itu, penganalisis politik Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) berpandangan penekanan Najib mengenai soal wala' adalah berikutan cabaran yang diterima parti itu ketika ini yang bukan sahaja daripada pembangkang, malah juga bekas pemimpin.
"Tanpa wala' kebersatuan ahli tidak akan dapat dicapai...pun begitu ketaatan ahli kepada pemimpin perlu dibayar dengan pemimpin juga perlu mendengar suara akar umbi dan denyutan nadi rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2016
Seruan mengenai kepentingan prinsip ini oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kali keduanya dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Belasungkawa: Siti Sarah dalam ingatan
Sejak kehadirannya dalam industri muzik kira-kira dua dekad yang lalu, Sarah berjaya membina reputasi yang bukan calang-calang.
'Saya lebih senior dari Zahid, jangan pertikai kesetiaan saya' - Annuar
Jelas Annuar, penglibatannya dalam parti itu lebih lama berbanding Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Jangan setia membuta tuli kepada parti, pemimpin politik - Tun M
Meskipun negara mengamalkan prinsip demokrasi tetapi negara ini milik rakyat dan bukannya milik pemimpin mahupun parti politik.