awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: PN hormati keputusan, dakwa undi BN-PH merosot

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2025
00:50 MYT
PRK Ayer Kuning: PN hormati keputusan, dakwa undi BN-PH merosot
Ahmad Faizal berkata, PN Perak yakin gelombang perubahan yang lebih besar akan tiba berdasarkan semangat dan sokongan rakyat yang semakin kukuh terhadap gabungan itu. - Gambar fail/Sinar Harian
TAPAH: Perikatan Nasional (PN) Perak menghormati keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang diumumkan malam tadi.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walaupun keputusan tidak memihak kepada PN, pihaknya tetap menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi, jentera parti, anggota keselamatan serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terlibat sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
Menurutnya, walaupun kadar keluar mengundi pada PRK kali ini menurun sebanyak 20 peratus, sokongan terhadap PN kekal utuh.
"Sebaliknya, keputusan PRK ini membuktikan bahawa gabungan BN (Barisan Nasional) - PH (Pakatan Harapan) semakin kehilangan kepercayaan rakyat kerana undi gabungan mereka merosot.
"Sungguhpun kemenangan belum tercapai, PN tetap beriltizam untuk terus membela dan memperjuangkan nasib rakyat dengan lebih gigih," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, PN Perak yakin gelombang perubahan yang lebih besar akan tiba berdasarkan semangat dan sokongan rakyat yang semakin kukuh terhadap gabungan itu.
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan BN berjaya mempertahankan kemenangan apabila calon mereka, Dr Mohamad Yusri Bakir memperoleh majoriti 5,006 undi menewaskan calon PN, Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS. - Sinar Harian
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#Ahmad Faizal Azumu
#Perikatan Nasional
#PN Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan