awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: 'Siasat dakwaan calon PN tipu isu tauliah mengajar agama di Perak'

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2025
05:00 MYT
PRK Ayer Kuning: 'Siasat dakwaan calon PN tipu isu tauliah mengajar agama di Perak'
Asmuni (tengah) memohon pihak berkuasa agama siasat dakwaan calon PN tipu isu tauliah mengajar agama Islam di Perak.
TAPAH: Pihak berkuasa agama diminta membuat siasatan menyeluruh berhubung dakwaan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek menipu dalam permohonan mendapatkan tauliah mengajar di negeri ini.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, tindakan tegas perlu diambil tanpa kompromi sekiranya dakwaan tersebut benar kerana rakyat Ayer Kuning berhak memilih pemimpin yang bersih, berintegriti dan menghormati institusi negeri.
Menurut beliau, tauliah mengajar agama Islam di negeri ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Mufti Negeri Perak melalui Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak.
Jelasnya lagi, permohonan mendapatkan tauliah melalui proses yang amat ketat termasuk ujian bertulis, temu duga dan tapisan latar belakang.
“Kelulusan akhir hanya diberikan dengan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri.
“Justeru, sebarang cubaan menipu dalam permohonan tauliah bukan sahaja mencemarkan nama baik agama, malah ia satu penghinaan terhadap institusi diraja dan derhaka kepada titah Sultan Perak.
“Lebih mengecewakan, calon tersebut enggan memberikan penjelasan lanjut meskipun ia melibatkan integriti dan kelayakan asas sebagai pemimpin yang ingin mewakili rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Abd Muhaimin, 44, bakal berentap dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bersama calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, serta Bawani KS, 39, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Asmuni turut menambah, peraturan semasa jelas menyatakan bahawa individu yang memegang jawatan dalam parti politik atau bertanding pilihan raya tidak layak diberi tauliah mengajar.
Kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi terbabit, jika dakwaan sebegitu benar, Abd Muhaimin memperoleh tauliah secara tidak sah, menipu pihak berkuasa agama dan melanggar garis panduan sedia ada.
“Lebih penting lagi, tindakan ini bertentangan dengan titah Sultan yang sebelum ini menegur secara terbuka usaha menyalahgunakan institusi agama dan tempat ibadah bagi kepentingan politik kepartian.
“Perbuatan seperti ini bukan sahaja mencemar kesucian masjid dan surau, tetapi mencerminkan sikap tidak menghormati arahan tertinggi negeri.
“Ia satu bentuk pengkhianatan terhadap kepercayaan awam, pelanggaran undang-undang syarie, mencemar kedaulatan Raja Berperlembagaan dan memperlihatkan sifat tidak jujur,” katanya. - Sinar Harian
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#calon PN
#Abd Muhaimin Malek
#tauliah mengajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan