Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin satu jalan tengah antara sekutu Pakatan Harapan (PH) dan Pakatan Rakyat (PR)akan diperoleh bagi berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menurutnya, tidak akan wujud masalah pertindihan kerusi dalam PRK itu sekiranya pembangkang mengetepikan kepentingan individu dan politik parti masing-masing.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, menjelaskan pihaknya masih berbincang mengenai kedudukan pembangkang dalam dua PRK yang akan ditempuh.
“Sebagai pemimpin kita perlu terima cabaran dan saya yakin dengan kewibawaan kepimpinan parti politik pembangkang yang ada di Malaysia ini ianya boleh mencari penyelesaian kerana sasaran dan matlamat kita adalah satu iaitu kita nak menyelamatkan Malaysia dan memulihkan ekonomi negara kita perlu kepimpinan yang kuat dalam parlimen,” kata Azmin ketika ditemui selepas majlis penyerahan baucar pembiayaan kepada lebih 1240 usahawan hijrah Selangor di Dewan Sabak Bernam, pada Khamis.
Mengulas sama ada PKR akan meletakkan calon di Sungai Besar, beliau berkata, perkara itu masih belum ditentukan lagi.
Azmin sebelum ini meminta agar semua parti dalam kedua-dua pakatan itu untuk kembali bekerjasama sebagai satu pasukan untuk berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.
PRK Kuala Kangsar diadakan susulan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, 5 Mei lepas.
Turut terkorban Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan kedua-dua PRK itu.
Anthea Yap
Thu May 12 2016
Azmin menjelaskan menjelaskan pihaknya masih berbincang mengenai kedudukan pembangkang dalam dua PRK yang akan ditempuh. - Gambar fail
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Filem Sheriff: Kutipan terkini RM60.5 juta
Kutipan filem Sheriff RM60.5 juta membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw kekal mendominasi pawagam seluruh negara.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
Permaisuri berkenan menziarahi Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak.
Raja Permaisuri Agong kenang kembali memori Ramadan di Kuala Kangsar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengenang kembali zaman kanak-kanak semasa malam Ramadan di kampung halaman Seri Paduka Baginda di Kuala Kangsar, Perak.
30 papan tanda, tonjol kampung tradisional, lokasi penggambaran popular Kuala Kangsar
Kehadiran papan tanda yang besar dapat merubah sudut pandang pelancong, di samping menampilkan beberapa kampung tradisional.
12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Struktur bot rosak, paras Sungai Perak surut punca Balai Gambang tak beroperasi
Walaupun kerja baik pulih telah dilakukan, namun struktur yang usang menyebabkan operasi tidak dapat diteruskan kerana boleh membahayakan.
Tahun Melawat Perak: Balai Gambang tersadai, peluang nikmati pelayaran terbantut
Balai Gambang sememangnya signifikan digunakan sebagai kenderaan air di Sungai Perak bagi tujuan pertabalan Sultan Perak.
40 mural menarik papar sejarah, warisan Kuala Kangsar
Inisiatif terbaharu Majlis Daerah Kuala Kangsar itu dilihat dapat menceriakan suasana, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung.
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.