MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Peguam dakwa laporan siasatan lemah, pincang

Shahlan (kiri) dan Hamid mewakili Noraidah Lamat dalam kes kematian Zara Qairina.
KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan bahawa terdapat kelemahan dan kepincangan serius dalam laporan siasatan yang telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara.
Ringkasan AI
- Pasukan peguam mendakwa laporan siasatan kes kematian Zara Qairina mempunyai kelemahan serius dan skop siasatan yang terlalu terhad.
- Bedah siasat tidak dilakukan, pakaian serta barang peribadi mangsa tidak diambil untuk siasatan, dan keterangan tentang kesan lebam hanya diambil lewat.
- Polis dipercayai kekurangan bukti untuk siasatan berkesan, ditambah dengan kekangan masa kerana laporan telah dihantar ke Putrajaya pada 4 Ogos.
"Keterangan anak guam kami berkenaan kesan lebam di bahagian belakang tubuh Zara Qairina hanya diambil pada petang 3 Ogos dan 4 Ogos lalu di Balai Polis Sipitang," kata kenyataan itu pada Selasa.
Tambah kenyataan itu, pihak polis dipercayai tidak mempunyai bahan bukti mencukupi untuk menyiasat kes ini secara efektif kerana tiada laporan bedah siasat serta tiada pengambilan pakaian dan barang peribadi mangsa.
"Apatah lagi, wujud kekangan masa kerana laporan siasatan kes telah dihantar ke Putrajaya pada 4 Ogos (Isnin)," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut merujuk kepada kenyataan media Jabatan Peguam Negara yang dikeluarkan pada Isnin, memaklumkan bahawa mereka telah menerima laporan penuh siasatan awal daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina.
Pasukan peguam itu mewakili Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami