awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Batu Sapi: Warisan sahkan akan bertanding, sudah kenal pasti calon

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
06/11/2020
12:51 MYT
PRK Batu Sapi: Warisan sahkan akan bertanding, sudah kenal pasti calon
Warisan mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dengan calonnya sudah dikenal pasti. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU:Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dengan calonnya sudah dikenal pasti.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Jaujan Sambakong, perkara itu akan diumumkan presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 23 November ini.
"Keputusan siapa yang akan dicalonkan sudah ada, kita tunggu keputusan pimpinan tertinggi.
"Kita ada parti komponen lain dalam Warisan Plus untuk kita bincang dan kenyataan mengenainya akan dibuat Presiden Warisan sebelum penamaan calon," katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Jumaat.
BACA: PRK Batu Sapi: SOP, garis panduan baharu diperlukan - Masidi
BACA: PRK Batu Sapi: Kerajaan panggil SPR bentang SOP ketat
BACA: PRK Batu Sapi pada 5 Dis
Sementara itu, kerajaan negeri Sabah mahukan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dilaksanakan pada PRK tersebut.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata SOP itu perlu bagi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19 dalam kalangan pengundi dan jentera parti yang bertanding.
"Selepas mengambil iktibar dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, kita mengharapkan satu SOP yang lebih ketat akan dilaksanakan di PRK Batu Sapi nanti.
"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRK Batu Sapi perlu diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi di Parlimen tersebut berikutan kematian penyandangnya iaitu Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober yang lalu," katanya dalam sidang media maya berhubung COVID-19 yang diadakan di Kota Kinabalu pada Jumaat.
Tambah Masisi, beliau yakin bahawa pihak SPR telah mencadangkan dan mengambil tindakan untuk merangka penyediaan SOP khas bagi menghadapi PRK tersebut
Topic Berkaitan
#Parti Warisan Sabah
#Warisan
#Sabah
#PRK Batu Sapi
#Batu Sapi Memilih
#pilihan raya kecil
#jaujan sambakong
#Mohd Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan