awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Ayer Kuning petunjuk kepada Kerajaan Perpaduan - Pakar

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2025
07:45 MYT
PRK DUN Ayer Kuning petunjuk kepada Kerajaan Perpaduan - Pakar
Tiga calon masing-masing dari BN, PN dan PSM sudah selesai menghantar kertas pencalonan bagi pemilihan di kerusi DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah. - Foto BERNAMA
TAPAH: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning wajar dijadikan petunjuk kepada Kerajaan Perpaduan mengenai persiapan yang perlu dalam masa dua tahun sebelum ketibaan Pilihan Raya Umum (PRU).

Ringkasan AI
  • Keputusan PRK DUN Ayer Kuning dijadikan petunjuk bagi persiapan Kerajaan Perpaduan menjelang PRU dalam dua tahun.
  • Penelitian diperlukan untuk menganalisis persepsi dan sentimen pengundi terhadap BN, PN, dan PSM.
  • PN mempertaruhkan calon dengan latar belakang agama untuk melihat pengaruh sentimen etnik dan agama dalam pola pengundian.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Sivamurugan Pandian berkata pelbagai isu melibatkan agama, etnik dan ekonomi berlaku di peringkat persekutuan, negeri serta setempat sejak PRK kali terkahir diadakan di Mahkota, Johor pada tujuh bulan lalu.
Menurut Siva, penelitian perlu dilakukan untuk menganalisis persepsi dan sentimen ke atas Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) mahupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam kalangan pengundi.
Analisis awal PRK DUN Ayer Kuning pasca penamaan calon
Strategi ini dapat diperhatikan apabila PN mempertaruhkan calon, Abd Muhaimin Malek yang mempunyai latar belakang agama.
"Sebagaimana PN mahu melihat adakah sentimen nilai etnik atau agama itu masih berterusan, malahan dalam Pilihan Raya Negeri 2022, PN menawarkan Ustaz Farid, dan kali ini juga PN membawakan calon yang mempunyai ketokohan agama.
"Sudah pasti ini mahu melihat kedudukan pola pengundian dalam kalangan orang Melayu dan sejauh mana juga itu boleh mempengaruhi pola pengundian dalam yang bukan Melayu," ujarnya dalam satu sesi temu bual bersama Astro AWANI.
Tambah Siva, PRK Ayer Kuning ini diramalkan berpihak kepada BN kerana kerusi parlimen di Tapah dipegang oleh Kongres India Malaysia (MIC).
Manakala satu lagi DUN iaitu Chenderiang Berjaya dirampas daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Parti Persatuan Tionghoa Malaysia (MCA) pada pilihan raya negeri lalu.
Topic Berkaitan
#PRK DUN Ayer Kuning
#Perikatan Nasional
#Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan