JOHOR BAHRU: Hujan lebat pagi ini tidak menjadi penghalang buat seorang pengundi yang bekerja di Singapura menunaikan tanggungjawabnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini.
C.Tamill, 57, yang merupakan jurutera kilang besi di republik itu, terpaksa bergegas ke pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di sini, kerana beliau perlu masuk kerja pada 2 petang ini.
"Saya selesai mengundi pada 9 pagi tadi, tidak sangka pula hujan lebat dan baju hujan pula terlupa bawa.
"Pada Sabtu dan Ahad kebiasaannya saya ambil kerja lebih masa, sebab itu saya bersiap awal pagi dan pergi mengundi dahulu sebelum masuk kerja petang ini. Mengundi memang kewajiban, jadi ada sahaja waktu terluang saya pergi cepat-cepat," katanya yang tinggal di Taman Nusa Bestari kepada Bernama ketika ditemui di pusat mengundi itu.
Bapa dua anak itu yang bekerja di Singapura lebih 10 tahun dengan menaiki motosikal, turut berharap wakil rakyat yang terpilih nanti dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik.
Pegawai kewangan syarikat swasta di Singapura, Tan Hui Huan, 45, pula berkata beliau tiada halangan untuk mengundi hari ini memandangkan Sabtu dan Ahad adalah hari cutinya.
"Saya sudah bekerja di Singapura lebih 20 tahun dan sepanjang tempoh itu saya tidak pernah terlepas mengundi. Hari ini hujan lebat dan saya pula perlu bawa sekali ibu untuk mengundi, nasib baik petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bantu bawa payung dan iringi kami ke dalam," katanya.
Ibu empat anak itu pada masa sama mengharapkan agar wakil rakyat yang terpilih dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat di situ.
Sementara itu, warga emas Na Ah Moy, 70, yang berkerusi roda kerana menghidap kencing manis, juga tidak melepaskan peluang untuk mengundi pada 9 pagi tadi.
"Saya tidak pernah terlepas mengundi sejak dulu lagi, cuma kali ini saya tidak dapat berjalan kerana kaki sebelah kiri telah dipotong tahun lepas akibat kencing manis.
"Namun, saya berazam pada pilihan raya akan datang saya hendak berjalan kaki dengan menggunakan bantuan alatan berjalan," katanya.
Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati pengundi bertali arus di pusat mengundi terbesar di Parlimen Pulai itu meskipun hujan lebat, dengan petugas SPR bertindak pantas dan tidak menang tangan membawa payung mengiring pengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu pengundi yang hadir dalam cuaca hujan lebat sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, hari ini. - Foto Bernama
[TERKINI] Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Pembangkang sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan kerajaan.
MAHA 2024: MAHA Go Global buka peluang akses pasaran baharu
Meraikan 100 tahun penganjuran, MAHA edisi 2024 juga memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat maha ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan dan penyertaan daripada pelbagai negara menerusi segmen MAHA Go Global.
Menurut Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu MAHA Go Global memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan luar Malaysia dengan negara lain dimana negara yang mengimport produk Malaysia mendapat manfaat daripada hasil pertanian berkualiti, sementara Malaysia dapat mengakses pasaran baharu dan memperluaskan rangkaian perniagaan globalnya.
Menurut Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu MAHA Go Global memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan luar Malaysia dengan negara lain dimana negara yang mengimport produk Malaysia mendapat manfaat daripada hasil pertanian berkualiti, sementara Malaysia dapat mengakses pasaran baharu dan memperluaskan rangkaian perniagaan globalnya.
Penunggang motosikal maut nahas enam kenderaan
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux berkenaan mengundur keluar dari sebuah kedai makan celup tepung.
EPL: Haaland pastikan City lakar kebangkitan sebelum menang
Kemenangan itu memastikan City kekal di puncak dengan 12 mata, mendahului tiga mata ke atas Liverpool.
Pokok tumbang, hujan lebat dan angin kencang landa Pulau Pinang
Tiada kemalangan jiwa atau melibatkan mangsa dalam kejadian pokok tumbang dan dahan patah di 20 kawasan yang dilaporkan.
AWANI Pagi: Menarik di MAHA 2024!
Menarik di MAHA 2024! Ikuti siaran luar AWANI Pagi bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, jam 8.30 pagi di saluran Astro AWANI 501.
EPL: Aksi cemerlang Onana jadi momentum kemenangan Man United
Ten Hag percaya aksi cemerlang Andre Onana penalti menjadi 'titik perubahan' susulan Manchester United kembali menemui rentak kemenangan.
AWANI Pagi: Sisi lain tarikan Pulau Redang dan Pulau Bidong
Pulau Redang dan Pulau Bidong antara pulau yang cantik di Terengganu. Apa lagi sisi lain tarikan Pulau Redang dan Pulau Bidong? Bersama Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT, Prof Madya Dr. Mohd Uzair Rusli dan Ketua Stesen Penyelidikan Marin, Pulau Bidong, Prof Madya Dr. Hazrizal Shaari, UMT untuk mengetahui lebih lanjut.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Bukan sekadar berat badan berlebihan, ancaman senyap masalah obesiti di Malaysia
Menurut SMCV, Atlas Obesiti Dunia juga meramalkan bahawa jumlah itu boleh meningkat kepada 41 peratus menjelang 2035.
Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu