KUCHING: Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya menawarkan bantuan itu meskipun yakin GPS mempunyai kekuatan jentera sendiri untuk memenangi PRK itu.
"Jika kita diminta, kita akan bantu. Kita yakin GPS mempunyai jentera mencukupi untuk memenangi semula kerusi Jepak," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta exco luar bandar di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 Nov depan manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Okt.
PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Exco Luar Bandar hari ini. - BERNAMA
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
PRK Jepak: Proses pengiraan undi berlangsung
Kesemua 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah ditutup bagi memulakan proses pengiraan undi.
PRK Jepak: Tiga pusat mengundi ditutup awal
Tiga daripada 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup awal iaitu pada 4 petang.
PRK Jepak: 45 peratus keluar mengundi setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 45 peratus setakat 3 petang ini.
PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
PRK Jepak: 37 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 37 peratus setakat 1 tengah hari ini.
PRK Jepak: 33 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mencatatkan 33 peratus setakat 12 tengah hari ini.
PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini
Sebanyak 14 pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang, tiga lagi pada 4 petang.
PRK Jepak: Cuaca pagi esok diramal cerah, ribut petir sebelah petang
Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, esok.
PRK Jepak: Elak mengundi pada saat-saat akhir - SPR
Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dinasihatkan agar tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir, esok.
PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah
Cubaan untuk mengelirukan pengundi itu boleh menjejaskan peratusan turun mengundi dalam PRK itu.