JOHOR BAHRU: Sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih 70 peratus pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mampu dicapai sekiranya pengundi keluar mengundi lebih awal.
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai Suhaizan Kayat berkata justeru, semua pengundi disaran keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih seawal mungkin kerana dibimbangi hujan pada sebelah petang.
"Saya mohon semua pengundi di Parlimen Pulai dapat turun mengundi awal hari ini bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
"Insya-Allah kita berdoa supaya dapat capai angka 70 peratus ke atas dengan cuaca redup begini, eloklah semua pengundi turun dan janganlah tunggu petang sebab diramalkan hujan," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Melati di sini hari ini.
Terdahulu, beliau dan isteri Dr Norsham Idris menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Parlimen Pulai di pusat pengundian SK Seri Melati pada 9.03 pagi.
Menurut Suhaizan beliau berpuas hati dengan proses pengundian PRK hari ini yang berjalan dalam suasana aman dan harmoni tanpa wujud sebarang provokasi.
"Proses pengundian berjalan lancar. Semua saluran juga berjalan lancar. Kita lihat trafik pun agak baik dibantu oleh kawalan pihak polis, tiada sebarang halangan untuk semua pengundi turun dengan selamat," katanya.
Suhaizan turut mengucapkan terima kasih kepada petugas media yang membuat liputan sepanjang tempoh berkempen beliau selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada 26 Ogos hingga 11.59 malam tadi.
Semalam, SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini melebihi 70 peratus.
PRK Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara Suhaizan, calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Suhaizan dan isteri Dr Norsham Idris menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Parlimen Pulai di pusat pengundian SK Seri Melati pada 9.03 pagi. - Gambar/ Bernama
Dua sekolah dikaitkan dengan GISBH berdaftar dengan JAIS
Sekolah berkenaan adalah Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah yang didaftarkan pada Januari 2015 dan Maahad Tahfiz Wal Ulum Al-Ghazaly, didaftarkan pada 12 November 2014.
JPJ sita 21 MPV mewah, salah guna LKM tawar khidmat kereta sapu
JPJ menyita 21 kenderaan MPV mewah yang digunakan bagi menjalankan khidmat kereta sapu menerusi Operasi Khas Kenderaan Sapu.
Nippon Sushi nafi ada kaitan dengan pertubuhan yang tak patuhi undang-undang
Nippon Sushi berkata pihaknya komited menjalankan perniagaan dengan integriti, mematuhi semua peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
Berita Terkini Kita: Pasar Tabanak tapak penyatuan & keharmonian di Lahad Datu
Pasar Tabanak, Lahad Datu menjadi lambang keharmonian dengan pelbagai masyarakat meluangkan masa berkongsi pelbagai kisah.
Berita Terkini Kita: Aquaman Semporna...mereka pendekar laut biru
Dari gunung turun ke pulau. Krew Berita Terkini Kita kini berada di pantai timur Sabah menyelami kisah sang pendekar laut biru. Apa lagi yang menarik di Semporna? Ikuti episod kali dalam laporan Nickyson Nyambar, AB Uzza dan Irwan Felany.
Berita Terkini Kita: 'Seafood' Semporna lain macam...inilah keunikan kita
Pasar Basah Semporna lain macam! Apa ‘seafood’ yang ada? Ha! Ikuti laporan Nickyson Nyambar, AB Uzza dan Irwan Felany di Semporna!
Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.
Doktor Itali paling tua di Eropah, gelombang persaraan memuncak pada 2025
Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT) menganggarkan seramai anggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu