awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR

Bernama
Bernama
02/12/2023
07:27 MYT
PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR
Abdul Ghani berkata sistem pendigitalan yang pertama kali digunakan itu memudahkan petugas SPR dalam melaksanakan urusan berkaitan proses pilihan raya. - Gambar/ Bernama
CHUKAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sebagai ujian rintis, untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata sistem pendigitalan yang pertama kali digunakan itu, bagi memudahkan petugas SPR dalam melaksanakan urusan berkaitan proses pilihan raya, sekali gus mempercepat keputusan pengundian diumumkan.
"Sistem baru ini kita akan beritahu kemudian kerana ini kali pertama kita meneliti semua maklumat itu dalam sistem kita dan lihat kelancaran dahulu, sebab sebelum ini pegawai pembimbing kita yang masukkan data-data, jadi ini kali pertama, kalau berjaya nanti insya-Allah (akan umum).
"Kita ada sistem yang baru ini, jadi insya-Allah kita akan tahu keputusan lebih awal tetapi dari segi undang-undang kena tunggu peti undi sampai ke pusat penjumlahan undi," katanya kepada media selepas melawat proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga di sini hari ini.
Mengenai perjalanan proses pengundian hari ini, Abdul Ghani berkata trend keluar mengundi pada PRK Kemaman meningkat sekitar lapan peratus setiap jam, dengan semua saluran menunjukkan momentum yang sama.
Setakat 12 tengah hari, sebanyak 35 peratus pengundi keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi di empat Dewan Undangan Negeri Kemaman.
Justeru Abdul Ghani menasihatkan lebih ramai pemilih termasuk di luar Kemaman, untuk keluar mengundi sementara cuaca masih baik dan sebelum pusat pengundian ditutup pada 6 petang nanti.
"Di Terengganu ni Sabtu masih cuti, jadi majikan juga tidak ada masalah nak melepaskan pekerja untuk mengundi.
"Setakat ini ikut saluran satu, dua dan tiga termasuk saluran orang muda momentum dia sama sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#Abdul Ghani Salleh
#PRK Kemaman
#sistem baharu
#pendigitalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan