awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas petanda pengundi beri 'isyarat' tolak parti lawan - Samsuri

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/12/2023
22:15 MYT
PRK Kemaman: Kemenangan Pas petanda pengundi beri 'isyarat' tolak parti lawan - Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, kemenangan besar yang diraih itu juga menyuntik sokongan moral dan kepercayaan pengundi di Parlimen Kemaman. - Gambar BERNAMA
KEMAMAN: Kemenangan besar Pas dikerusi Parlimen Kemaman menerusi pilihan raya kecil (PRK) memberi 'isyarat' rakyat dinegeri itu mula menolak parti lawan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak boleh membuat tafsiran mereka dengan kemenangan yang diperolehi menerusi pilihan raya kecil itu.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, kemenangan besar yang diraih itu juga menyuntik sokongan moral dan kepercayaan pengundi di Parlimen Kemaman.
"Kita boleh tafsirkan begitu saya tak nak pergi lebih jauh lagi tapi semua pihak boleh buat apa jua tafsiran... tak tolak kemungkinan itu salah satu sebab mungkin kalau kita buat senarai bermacam-macam perkara yang timbul," katanya selepas diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kemaman, di sini, malam tadi.
Ditanya fokus beliau selepas memenangi kerusi Parlimen Kemaman dalam PRK pada Sabtu, Ahmad Samsuri berkata, tumpuannya bukan sahaja pada Parlimen berkenaan, bahkan, turut merangkumi seluruh negeri Terengganu.
"Insya-Allah ada perkara-perkara yang berkait bukan sahaja dengan Parlimen kemaman tapi dengan negeri Terengganu sendiri dan bagaimana sedikit sebanyak saya boleh bantu dengan Ahli Parlimen lain untuk kesejahteraan negara Malaysia Insya-Allah," sambung beliau lagi.
Terdahulu Ahmad Samsuri yang mewaklili Pas-Perikatan Nasional menang pada PRK Parlimen Kemaman selepas memperoleh 64,998 undi, iaitu dengan majoriti 37,220 undi pada Sabtu.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional-Pakatan Harapan, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang hanya memperolehi 27,778 undi.
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Pas menang besar
#Menteri Besar Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan