awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman: PH bersama-sama jadi tunjang utama bantu calon BN - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
22/11/2023
16:34 MYT
PRK Kemaman: PH bersama-sama jadi tunjang utama bantu calon BN - Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata PH mempunyai keyakinan bahawa perubahan itu boleh tercetus pada PRK Kemaman. - Foto Facebook Mohamad Sabu
CHUKAI: Parti komponen Pakatan Harapan (PH) akan bersama-sama menjadi tunjang utama dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor merampas kembali kubu kuat UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata PH mempunyai keyakinan bahawa perubahan itu boleh tercetus pada PRK Kemaman, sekali gus mewujudkan wakil daripada Terengganu di blok kerajaan.
"Kita yakin perubahan bermula di Terengganu dan ombak di Kemaman ni akan sampai ke Besut dan BN yang sedang membina kekuatan semula akan terus kuat...insya-Allah orang Melayu akan yakin dengan perjuangan UMNO dan kami akan membantu, daripada PKR, PH akan bantu kekuatan utama untuk pulihkan Terengganu.
Saya yakin Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kita kekal memerintah Kerajaan Perpaduan...kita mahu kerajaan kita teguh, kita mahu di negeri Melayu ini ada wakil rakyat di peringkat Parlimen...kita mahu salah satu yang duduk belah kita ini daripada Ahli Parlimen Kemaman," katanya.
Beliau berkata demikian pada satu majlis ceramah sempena kempen PRK Kemaman di Seberang Tayor, Kijal dekat sini, malam ini.
Pada PRK itu, Raja Mohamed Affandi berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 Nov ini bagi pengundian awal dan 2 Dis sebagai hari mengundi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#Pakatan Harapan
#Calon BN
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan