awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman: UMNO juga perjuang, dukung cita-cita Islam - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
20/11/2023
22:00 MYT
PRK Kemaman: UMNO juga perjuang, dukung cita-cita Islam - Ahmad Maslan
UMNO juga adalah parti yang memperjuangkan Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaannya, bukan hanya Pas, kata Ahmad Maslan. - Foto fail/Sinar Harian
KEMAMAN: UMNO juga adalah parti yang memperjuangkan Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaannya, bukan hanya Pas, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti, perlembagaan parti itu telah diperkemas dan ditambah baik dengan memasukkan elemen perjuangan Islam.
"Percayalah kalau mereka kata mereka parti Islam - saya nak sebut di sini, dalam Perlembagan UMNO fasal 3, berbunyi UMNO adalah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, Bumiputera, Orang Asli dan anak Sabah. Itu perjuangan UMNO pada saat dan ketika ini
"Kalau dulu UMNO adalah parti politik untuk kebangsaan Melayu, itu perlembagaan dahulu," katanya ketika berucap di hadapan penduduk Felda Cherol, di sini, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
Pada PRK Kemaman, Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang akan berdepan pertandingan satu lawan satu dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Nov ini bagi tarikh mengundi awal, manakala 2 Dis bagi hari mengundi untuk PRK Kemaman, yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada PRU15.
- BERNAMA
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#UMNO perjuang Islam
#Ahmad Zahid Hamidi
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan