JOHOR BAHRU: Kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu, memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, politik memperalat agama sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP berkata, tindakan itu hanya akan mencalarkan kesucian Islam dan lebih bahaya lagi, ia boleh membenihkan ekstremisme yang meruntuhkan perpaduan rakyat.
"Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah ber'fatwa' meng'haram'kan rakyat Pulai dari mengundi Suhaizan Kayat semasa fasa kempen yang lalu. Jadi soalan saya sekarang, adakah PN anggap pengundi disana telah lakukan dosa dan perlu bertaubat?
"Saya nak ingatkan PN bahawa pilihan raya adalah proses biasa demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Ini termaktub dalam Perlembagaan dan selari dengan semangat 'masdaqal ijtima'iyyah' atau 'people's mandate' dalam perbahasan maqasid syar'iyyah," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Sheikh Umar berharap PN kembali fokus menjadi pembangkang yang konstruktif dengan peranan untuk bantu kerajaan membangunkan rakyat dan memulihkan ekonomi selain mencadangkan polisi-polisi yang baik.
"Berhentilah daripada perangai adu domba dan manipulasi agama demi kepentingan politik. Ia hanya merugikan rakyat dan negara," katanya.
Calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yang juga bekas Speaker DUN Johor memperoleh 48,283 undi, berbanding Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) mencatat 29,642 undi dan Samsudin Mohamad Fauzi daripada Bebas pula meraih 528.
Di Simpang Jeram pula, Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang mewakili PH diumumkan menang dengan majoriti 3,514 undi.
Berdasarkan undian rasmi Nazri memperoleh 13,844 undi, diikuti calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya (10,330 undi) dan calon Bebas, S Jeghanaathan (311 undi). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023
Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, politik memperalat agama sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Doktor Itali paling tua di Eropah, gelombang persaraan memuncak pada 2025
Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT) menganggarkan seramai anggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
Potret Winston Churchill yang dicuri dari hotel Kanada dijumpai di Itali
Sebuah potret bekas Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill yang dicuri dari sebuah hotel mewah di Ottawa, ditemukan di Itali dan akan dikembalikan akhir bulan ini.
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua program DBKL guna penjenamaan 'Kreatif Kuala Lumpur'
Jelas Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, jika semua program menggunakan pelbagai penjenamaan kesannya tidak dapat menonjolnya kreatifnya bandar raya Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Komitmen laksana MA63
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KLCCT - Beri nafas baharu pada bangunan lama sekitar KL
Jelas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif misi utama KLCCT adalah menggunakan seni dan budaya sebagai pemangkin untuk penjenamaan semula bandar raya Kuala Lumpur.
Francine landa selatan Louisiana
Taufan Francine melanda persisiran pantai di selatan Louisiana apabila hujan lebat melanda New Orleans pada Rabu.
Cederakan anak saudara, tertuduh kes bunuh ibu, bapa dipenjara sembilan tahun
Seorang penganggur yang dituduh membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman mereka di sini Ogos lepas, dihukum penjara sembilan tahun.
Anwar mempengerusi mesyuarat MTPMA63 di Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi mmempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu