awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Parlimen Kuala Terengganu perlu peruntukan tambahan RM465,000

Bernama
Bernama
18/07/2023
06:18 MYT
PRK Parlimen Kuala Terengganu perlu peruntukan tambahan RM465,000
Abdul Ghani berkata seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta 19 Penolong Pegawai Pengurus dilantik bagi melancarkan proses pengendalian PRK berkenaan. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM465,000, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
"Ini memandangkan sebahagian besar daripada anggaran kos pelaksanaannya telah diambil kira dalam pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 bagi Terengganu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan PRK berkenaan di sini hari ini.
PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan serentak dengan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan iaitu dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos, penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu adalah yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lepas.
Abdul Ghani berkata seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta 19 Penolong Pegawai Pengurus dilantik bagi melancarkan proses pengendalian PRK berkenaan.
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Terengganu
#PRN
#SPR
#kos pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan