POLITIK
PRK: PAS akan umum calon pada 27 Mei
PAS akan umum calon bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 27 Mei ini. - Gambar fail
PAS bakal mengumumkan calon bagi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 27 Mei ini.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata pengumuman tersebut akan dilakukan di kawasan parlimen masing-masing.
"Kita umumkan identiti calon pada Jumaat ini dan lokasinya pula akan diumumkan kemudian," kata Idris ketika ditemui di Lobi Parlimen.
Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK telah ditetapkan pada 5 Jun.
Pengundian awal akan dilakukan pada 14 Jun manakala hari undian adalah pada 18 Jun.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata PAS tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan calon untuk bertanding pada kedua-dua PRK.
Pakatan Harapan sehingga kini masih belum menentukan parti serta calon yang akan bertanding bagi kedua-dua PRK tersebut.
#Calon PAS bagi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diumumkan parti pada 27 Mei ini
#Idris Ahmad