MUAR: Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.

Calon PH, Nazri Abdul Rahman yang juga seorang jurutera menang dengan majoriti 3,514 selepas meraih 13,844 undi menewaskan pakar bedah, Dr Mohd Mazri Yahya yang meraih 10,330 undi manakala calon Bebas S.Jeganathan hanya mendapat 331 undi.

Pengumuman rasmi itu dibuat, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah.

Jamil Hasni berkata, jumlah itu diperolehi berdasarkan 60.8 peratus peratusan keluar mengundi di 14 pusat mengundi di kawasan itu.

KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI SINI 



Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac tahun lalu, Amanah yang diwakili oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub memperolehi 8,749 undi iaitu menang dengan majoriti 2,389 undi selepas menewaskan calon PN, Zarul Salleh apabila hanya mendapat 6,360 undi manakala calon BN, Datuk Lokman Md. Don memperolehi 6,062 undi.

Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.