awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Port Dickson: BN putus calon lepas mesyuarat 2 petang ini

Bernama
Bernama
24/09/2018
04:30 MYT
PRK Port Dickson: BN putus calon lepas mesyuarat 2 petang ini
Keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat bersama pimpinan BN, esok.
Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan dibuat dalam mesyuarat Biro Politik UMNO pukul 2 petang ini.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat bersama pimpinan BN, esok.
"Semua pandangan akan diambil kira... perlu atau tidak BN ambil bahagian dan letakkan calon kerana PRK ini sengaja diadakan," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini, pada Isnin.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan bakal Presiden PKR baharu, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Okt depan, hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Sept dan hari mengundi awal pada 9 Okt.
Setakat ini, Parti Rakyat Malaysia mengumumkan akan bertanding pada PRK Port Dickson.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Barisan Nasional
#calon
#Dewan Rakyat
#Mohamad Hasan
#Parlimen
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PKR
#politik
#Port Dickson
#presiden
#rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan