JOHOR BAHRU: Bergantung hidup kepada hasil laut untuk menampung kehidupan, sudah tentu ada pasang surutnya.
Jika langitnya cerah, mungkin nasib menyebelahi mereka yang bergelar 'pelaut'.
Tinggal di pinggir bandar Johor Bahru, penduduk Orang Asli Kampung Bakar Batu juga mahu nasib mereka tidak dipandang sepi.
Lebih 200 komuniti Orang Asli laut suku Seletar di kampung itu bekerja sebagai nelayan.
Turun pagi.. kadang-kala malam baru kaki jejak ke darat, semuanya demi mengisi perut keluarga.
Mereka tidak pernah menagih simpati, tetapi hanya mahu menikmati kemajuan yang sama seperti yang lain.
Menurut Tok Batin Kampung Bakar Batu, Kais Kie, 62, pendapatan komuniti Orang Asli di kawasan itu banyak terjejas kerana tangkapan laut yang semakin berkurangan.
"Memang biasa sebagai nelayan memang biasa terkesan. Pencarian kita semua dah kurang... Kalau zaman dulu sekitar tahun 60-an atau 80-an, keadaan 'okay' lagi.
"Tetapi sekarang hutan bakau dah tiada, dan ia menyebabkan ikan berkurangan dan tidak membiak (tiada tempat pembiakan)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kongsi Kais lagi yang sudah puluhan tahun menjadi nelayan, keadaan semakin sukar apabila tiba musim tengkujuh sehingga ada dalam kalangan nelayan yang pulang tangan kosong.
"Kita sekarang bergantung kepada nasib kalau ada, ada lah. Kadang-kadang balik kosong atau balik malam, tak tentu sekarang.
"Dulu boleh dapat ikan sampai bertan-tan, tetapi sekarang merosot teruk sebab satunya, ikan sudah pupus," luah bapa kepada dua cahaya mata itu.
Dalam masa sama, dia menambah keadaan penduduk yang tidak mempunyai pendapatan tetap menyebabkan mereka tidak mampu membina rumah sendiri.
Ujarnya, kebanyakan masyarakat Orang Asli di kampung itu berkongsi rumah sehingga tiga keluarga.
"Mereka yang kahwin itu tiada rumah lagi dan masih tinggal di rumah ibu bapa.
"Kadang-kadang yang dah kahwin itu duduk dua atau tiga orang di sebuah rumah, menyebabkan rumah jadi sempit," katanya.
Sehubungan itu, Kais berkata besar harapan komuniti Orang Asli di kampung itu agar wakil rakyat yang diberikan mandat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai nanti boleh membela nasib mereka.
PRK Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat, calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 06 2023
Kais berkata pendapatan komuniti Orang Asli di kawasan itu banyak terjejas kerana tangkapan laut yang semakin berkurangan. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (14 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Roket SpaceX lakar sejarah, mendarat dengan cara tangkapan
SpaceX pada Ahad mencipta sejarah kejuruteraan apabila roket Spaceshipnya mendarat dengan cara tangkapan menggunakan lengan mekanikal 'Mechazilla' di Texas, Amerika Syarikat.
Kapal perang, pesawat tentera China buat formasi berhampiran Taiwan
Sejumlah 125 pesawat tentera dan 17 kapal perang China telah terlibat dalam provokasi ketenteraan berhampiran Taiwan pada Isnin, kata kementerian pertahanan Taiwan.
Tumpuan Selasa – 15 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Fasa kedua vaksinasi polio untuk kanak-kanak Palestin bermula
Fasa kedua kempen vaksinasi polio di tengah Gaza telah bermula pada Isnin, untuk melindungi kanak-kanak Palestin daripada epidemik dan penyakit lain.
Lubnan bakal terima 60 ke 80 tan bantuan dari Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghantar bantuan kemanusiaan buat Lubnan sebanyak 60 ke 80 tan sehari. Bantuan itu akan diselia Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Pemulihan Raja Salman yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa serta melindungi mereka yang berpindah untuk mendapatkan perlindungan selepas selatan Beirut diserang tentera Israel.
Sepanyol gesa negara Eropah perluas sekatan dagang Israel
Kerajaan Sepanyol menggesa negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan terhadap Israel khusus sekali berkaitan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Ketegasan dan pendirian lantang Sepanyol itu dinyatakan Perdana Menterinya, Pedro Sanchez pada Isnin.
Kekejaman Zionis: Serangan rejim Zionis terhadap UNIFIL tidak bertamadun - Khaled Nordin
Serangan rejim Zionis Israel ke atas anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) jelas merupakan satu serangan ke atas PBB dan masyarakat dunia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pembanterasan ekstremisme perlu manfaat kecanggihan teknologi
Mohamad Alamin berkata, ini penting kerana aktiviti kumpulan pengganas semakin meningkat, malah mereka kini turut menggunakan kecanggihan teknologi.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
PRK Pulai: Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu nelayan dibela, kediaman baharu
Tinggal di pinggir bandar Johor Bahru, penduduk Orang Asli Kampung Bakar Batu juga mahu nasib mereka tidak dipandang sepi.