awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/09/2023
14:14 MYT
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas calonnya, Suhaizan Kayat menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus ‘menamatkan kemarau’ kemenangan beliau.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu memperoleh sebanyak 48,283 undi, sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN).
Zulkifli yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai memperoleh 29,642 undi.
Ini sekali gus menyaksikan Suhaizan menang selesa dengan majoriti undi 18,641.
Sementara, calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi memperoleh 528 undi, sekali gus hilang deposit.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Ketua Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.
Dalam masa sama, Miswan memaklum peratusan keluar mengundi yang direkodkan ialah 47.33 peratus bagi Parlimen Pulai.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) lepas, penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang memperoleh 64,900 undi di kerusi Parlimen Pulai, menang dengan majoriti undi 33,174, manakala bagi DUN Simpang Jeram beliau mendapat 8,749 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,399.
KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI SINI
Topic Berkaitan
#PRK Johor
#PRK Pulai
#Suhaizan Kayat
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan