awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: SPR sasar 75 peratus keluar mengundi, Aidilfitri antara faktor penurunan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/06/2016
06:08 MYT
PRK: SPR sasar 75 peratus keluar mengundi, Aidilfitri antara faktor penurunan
Mohd Hashim (tengah) meninjau Proses Semak Peti bagi PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak pada Jumaat. -Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan jumlah keluar mengundi di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah sekitar 75 peratus.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi antara faktor yang mempengaruhi peratusan tersebut.
“Dahulu kita jangka, macam di Sungai Besar, 88 peratus ketika Pilihan Raya Umum (PRU13). Tapi untuk pilihan raya kecil ini, kita jangka dalam 75 peratus di kedua-dua tempat.
“Kita menyeru kepada pengundi-pengundi -- sama ada yang berada di Kuala Kangsar ataupun Sungai Besar, mereka yang berada di luar kawasan yang berdaftar mengundinya di sini terutama yang berada di luar negeri Perak -- pulanglah untuk mengundi,” kata Mohd Hashim.
Selain itu, kata Mohd Hashim, faktor-faktor lain seperti keadaan cuaca turut mempengaruhi jumlah keluar mengundi pada Sabtu.
Justeru, beliau berharap pengundi dapat keluar awal untuk mengundi bagi mengelak sebarang kesulitan di sebelah petang.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Proses Semak Peti bagi PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak pada Jumaat.
Di Kuala Kangsar, sejumlah 32,949 pemilih berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK kali ini.
Sebanyak 69 saluran pengundian dibuka menerusi 23 pusat pengundian di Parlimen ini.
Topic Berkaitan
#Mohd Hashim Abdullah
#peratus keluar mengundi
#pilihan raya kecil
#PRK
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan