POLITICS
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India

Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran bercakap pada sidang media pada Proses penamaan calon bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden, ahli majlis tertinggi (CWC) serta pemilihan MIC negeri di Ibu Pejabat MIC Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Ringkasan AI
- MIC akan berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap.
- Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata jentera parti akan meraih undi masyarakat India yang merangkumi lebih 17% pengundi di DUN itu.
- PRK diadakan kerana kematian penyandang Nor Zamri Latiff, dengan pengundian awal pada 2 Julai dan hari mengundi pada 6 Julai.
Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri 2023, DUN Sungai Bakap mempunyai 38,409 pemilih dengan 59.36 peratus pengundi Melayu, 22.54 peratus (Cina), 17.39 peratus (India) dan 0.71 peratus lain-lain.
PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH iaitu bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional iaitu bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini manakala 6 Julai ialah hari mengundi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami