SEREMBAN: Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Meskipun baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi Bersatu serta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, beliau berkata ia bukanlah satu tiket dan tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.
"Saya buat pengumuman hari ini walaupun saya dilantik memegang jawatankuasa ini untuk melicinkan jentera pilihan raya... saya buat pengakuan tidak akan bertanding... termasuk di Negeri Sembilan... Ini kerana saya berasal dari Perak dan saya berhasrat memberi khidmat di tempat sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu negeri dan Badan Perhubungan PN negeri yang pertama di sini hari ini selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Syith.
Mengenai pembahagian kerusi Bersatu di Negeri Sembilan, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerusi mewakili Bersatu berkata ia telah selesai dilaksanakan dan sedang menunggu saringan oleh pucuk pimpinan tertinggi yang akan diputuskan kemudian.
Selain Negeri Sembilan, negeri yang akan mengadakan PRN ialah Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
PRK Kuala Kubu Bharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.