awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: BN guna strategi 'kekal dan rampas' tawan enam negeri

Bernama
Bernama
06/08/2023
14:02 MYT
PRN: BN guna strategi 'kekal dan rampas' tawan enam negeri
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada pemberita semasa sidang media selepas berkempen sempena Pilihan Raya Negeri di Kuala Sawah hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi 'kekal dan rampas' (retain and regain) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini, dalam usaha memastikan Kerajaan Perpaduan dapat menguasai negeri-negeri terbabit.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mengambil kira 'mood' pengundi ketika ini, selain situasi pilihan raya itu sendiri yang berubah-ubah, beliau optimis gabungan BN-PH mampu mengekalkan kemenangan di tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, serta merampas Kedah, Terengganu dan Kelantan.
"Mana tahu boleh jadi 'untung sabut timbul, untung batu tenggelam'. Setiap pilihan raya berbeza-beza ...yang penting kita cuba dan pastikan rakyat dapat menerima dan memberi peluang kepada kita mentadbir Kedah, Kelantan dan Terengganu," katanya.
Beliau yang merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkata demikian selepas Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat, di Kuala Sawah di sini hari ini.
Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, sebelum ini dilaporkan berehat selama tiga hari berikutan dijangkiti virus influenza, namun telah mula turun padang berkempen berjumpa pengundi kawasannya sejak semalam.
Sementara itu mengulas sokongan dan reaksi daripada masyarakat terhadap kempen yang dilakukan oleh gabungan BN-PH sepanjang sembilan hari ini, Mohamad menyifatkannya amat baik dan berharap pengundi rasional dalam membuat keputusan, serta tidak terpengaruh dengan sentimen berkait perkauman serta agama.
"Jangan ikut sentimen kerana ia memang mudah dipengaruhi, terutamanya berkenaan kaum dan agama. Kesannya amat berbahaya kepada negara berbilang kaum ini," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang, serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#Barisan Nasional
#kekal dan rampas
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan