KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan optimis gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) mampu merampas Terengganu serta Kedah daripada pembangkang.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata bagaimanapun, hasrat berkenaan perlu diikuti dengan satu gerak kerja yang betul dan strategi yang baik bagi merealisasikan kemenangan.
"Sebagai 'bukan pilihan' dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, kita akan buat kerja sebaik mungkin dan saya harap jentera akan terus pertingkatkan gerak kerja masing-masing.
"Peluang untuk menang di Kedah dan Terengganu itu ada tetapi di Kelantan, kita rasa boleh menambah kerusi jika bersungguh-sungguh untuk menang di kawasan masing-masing," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Dermasiswa dan sumbangan komputer riba Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera di Wisma Pertahanan hari ini.
Beliau turut memberi bayangan akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada PRN Negeri Sembilan.
Mohamad juga berkata BN tidak meletakkan sebarang nisbah bagi muka baharu atau lama sebaliknya mementingkan calon boleh menang.
Beliau berkata ketika ini, BN menunggu senarai muktamad calon dari enam negeri yang terlibat dengan PRN sebelum melakukan saringan.
Pada Sabtu lepas, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu dijangka bertanding sebanyak 45 peratus daripada 245 kerusi DUN di enam negeri pada PRN akan datang manakala bakinya ditandingi oleh PH.
Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata laporan penuh mengenai insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan pada 25 Jun lepas akan dikeluarkan setelah siasatan terperinci dilakukan oleh jawatankuasa dalaman yang diwujud untuk menyiasat kejadian itu.
"Pihak polis dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menyiasat kejadian itu, jadi adalah lebih baik kita tunggu laporan jawatankuasa siasatan dalaman kedua-duanya," kata beliau.
Insiden pada 12.10 tengah hari itu menyaksikan seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu jurulatih meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Segamat.
Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi jurulatih cedera dan masih menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Karnival Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto BERNAMA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).