KUALA LUMPUR: Cuaca pagi ini rata-rata dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Ini membolehkan proses pengundian awal berjalan lancar dengan anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing keluar awal bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Sebanyak 260 pusat mengundi awal dengan 377 tempat mengundi atau saluran awal dibuka serentak bermula 8 pagi ini serta tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
Di TERENGGANU, cuaca pagi ini dilaporkan cerah di kebanyakan kawasan walaupun beberapa lokasi dilaporkan mengalami hujan lebat awal pagi tadi (subuh) namun cuaca kembali cerah.
Di NEGERI SEMBILAN, cuaca cerah setakat 10 pagi ini, terutama di lokasi pengundian di Pangkalan Udara Sendayan, Balai Polis Sikamat dan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) serta Kem Segenting, Port Dickson.
Antara pemimpin yang hadir di lokasi berkenaan bagi meninjau proses pengundian awal ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Di KELANTAN, tinjauan mendapati cuaca cerah dan baik memudahkan proses mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, rata-rata anggota beratur seawal 7.30 pagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Selain itu, tinjauan di Kem Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu mendapati anggota tentera dan pasangan terlibat keluar awal untuk mengundi.
Di SELANGOR, tinjauan di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di Kuala Selangor mendapati proses pengundian awal berlangsung dengan baik pada pagi ini dengan cuaca cerah di sekitar kedua-dua kawasan itu.
Sementara itu, di KEDAH, hujan renyai-renyai dilaporkan di Alor Setar selama 30 minit bermula 7 pagi tadi namun cuaca kembali cerah dan proses pengundian awal di Pusat Pengundian Awal IPK Kedah setakat 10 pagi ini berjalan lancar.
Keadaan sama juga dilaporkan di PULAU PINANG dan seramai 11,294 pengundi membabitkan pegawai dan anggota polis serta tentera dan pasangan dijangka akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal di 28 pusat mengundi di seluruh negeri.
Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.
Ia melibatkan undi awal 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.
Seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Anggota tentera beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Pusat Pengundian Awal Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang Sungai Layar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini. - Foto BERNAMA
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).