awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN jadi 'ujian litmus' buat gabungan BN, PH - Asyraf Wajdi

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2023
01:29 MYT
PRN jadi 'ujian litmus' buat gabungan BN, PH - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi ketika meraikan wakil media pada Majlis Make Colek Bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim di Ayang Cafe, Kota Bharu, malam tadi. - Foto Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
KOTA BHARU: UMNO melihat Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menjadi 'ujian litmus' sulung buat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerjasama di peringkat persekutuan menerusi Kerajaan Perpaduan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, pihaknya berpandangan PRN itu akan dijadikan sebagai medan memperkasakan lagi Kerajaan Perpaduan.
"Selepas enam bulan dibentuk, Kerajaan Perpaduan perlu lebih stabil. Hal ini kerana, bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat dari segi ekonomi, pembangunan sosial dan sebagainya," katanya semasa sidang akhbar di sini semalam.
Sebelum itu beliau meraikan pengamal media pada Majlis Make Colek Bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi).
Menurut beliau, disebabkan perbalahan politik lebih empat tahun lalu Malaysia sudah jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran.
Ujarnya, pada masa sama PRN tidak boleh dijadikan sebagai pengukur formula Kerajaan Perpaduan kerana bukan kesemua perkara boleh diselesai dalam tempoh empat hingga enam bulan.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi memberitahu, hubungan antara parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan sangat baik ketika ini.
Tambah beliau, hubungan baik itu terjalin menerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan antara BN dan PH.
"BN diwakili oleh Datuk Zambery Abdul Kadir (Setiausaha Agung BN) makakala PH oleh Setiuasaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Asyraf Wajdi Dasuki
#PRN
#perbalahan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan