awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/03/2022
16:36 MYT
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh (tengah) bercakap pada sidang media mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15 di Persada, pada Sabtu. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata peratusan itu merangkumi 1,426,573 orang daripada jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Jumlah tersebut meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengumumkan secara rasmi kemenangan komponen Barisan Nasional (BN) yang memenangi 40 kerusi DUN dalam PRN Johor.
Sebelum ini, SPR menyasarkan 70 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang akan diadakan pada 12 Mac depan.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
Pada PRN Johor kali in, seramai 2,597,742 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 2,574,835 pengundi biasa; 10,955 anggota tentera dan pasangan; 11,576 anggota polis dan pasangan termasuk Polis Pasukan Gerakan Am (PGA); dan 376 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Johor Memilih
#peratusan keluar mengundi
#SPR
#Abdul Ghani Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan